Kadang-kadang aku merasakan dunia tidak adil bagi .Terutama dalam kerja...Mereka yang kerja bertungkus lumus,mengabdikan diri pada syarikat tanpa mengharap balasan tidak diberikan layanan yang sepatutnya.Tapi, yang pandai bodek dan ampu selalu mendapat perhatian.
Ada pula yang menjadi favourite boss, dialah selalu yang mendapat peluang.Walaupun sebenarnya masih ada yang layak.
Puas aku muhasabah diri, sentiasa cuba mengikhlaskan diri dalam pekerjaan, namun ianya tak mampu membendung daripada perasaan rendah diri dan kecewa.Puas aku cakap pada diri sendiri, mungkin belum rezeki dan pasti ada hikmah atas apa yang berlaku.Tapi lama kelamaan aku terfikir juga...BODOH kah aku masih menunggu di syarikat ni?Beginikah layanan aku patut aku terima?Inikah balasan atas apa yang telah aku sumbangkan?
Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi segala rintangan yang mendatang.Berikanlah aku sinar bahagia agar dapat aku mencurahkan bakti dengan penuh komitmen.
Moga-moga rezekiku akan datang juga satu hari nanti.......
No comments:
Post a Comment