Showing posts with label cooking. Show all posts
Showing posts with label cooking. Show all posts

Wednesday, July 8, 2015

Ramadhan dah nak pergi...

Salam Ramadhan...

Tinggal 9 hari lagi berbaki Ramadhan tahun ini. Setiap kali Ramadhan datang, hiba mengenangkan ayah ,wan dan ki yang telah pergi.terutama Ayah yang pergi meninggalkan kami 24 Ramadhan dua tahun dulu.Semoga mereka tenang disana . Alfatihah

Ramadhan kali ini , masak je. Belum lagi ke pasar ramadhan.Alhamdulillah, sempat jugak masak walaupun sampai rumah kadang kadang jam dah 6.30.Masak yang simple je


Hari pertama, masak kari ikan tenggiri, telur dadar  dan kerabu sotong



 Weekend pertama, balik Kemaman. Mama masak bubur lambuk, special dish orang Terengganu during Ramadhan.
Esoknya, masak nasi hujan panas, ayam masak merah, gulai daging dan hati goreng pedas pulak...


 Weeknd kedua majlis buka puasa kat rumah kami pulak untuk office mate husband. Aku masak nasi hujan panas, kurma ayam, acar dan bihun goreng.

Tetamu datang bawak ubi rebus dengan sambal ikan bilis, buah, kek batik, cheese kut...
Alhamdulillah


Weekend ketiga, balik Taiping pulak. Teringin nak makan asam pedas keladi.Pergi pasar , alhamdulillah ada. First time belajar masak asam pedas keladi dengan Mak. Pasni dah boleh buat sendiri.
Asam pedas keladi, ikan keli bakar, ikan cencaru sumbat , ulam ...


Ni lauk berbuka semalam.Gulai kicap ayam, buncis goreng , telur masin dan tumis bayam. Karipap tu goreng je...

Alhamdulillah, masih diberikan rezeki untuk masak dan bebuka bersama keluarga. Semoga berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan....

Monday, November 10, 2014

Sign of ageing.....

Hi,

I was on leave on Friday coz need to send Ajiq to school in the afternoon. He's joining the boy's scout camp in Sg Congkak.

I cooked ayam masak lemak cili api and stir fried buncis for lunch.Lepas lunch, siap-siap dan hantar Ajiq ke sekolah. Lebih kurang 60 orang murid yang ikut kem kali ni.

Ayam masak lemak cili api ni favourite Abang dan Adik. Adik panggil ayam masak kuning

Adik pun suka carrot. Teringat ceramah Ustaz Azhar Idrus, masak apa yang suami dan anak-anak suka makan...jangan masak ikut suka kita, sebab end up makanan jadi pembaziran sebab mereka tak makan.

Lepas hantar Ajiq, headed up to  Rawang to fetch Adik. Adik dah 3 hari tidur kat rumah babysitter sebab hubby's not around.Alhamdulillah, dikurniakan seorang babysitter yang baik hati.Kak Leha jaga mereka macam anak sendiri malah lebih daripada aku sendiri. Bersyukur sangat-sangat, tambah pulak dengan kes penderaan budak di taska dan rumah pengasuh yang semakin menjadi-jadi sekarang ni.

Sabtu pagi masak nasi lemak dan lempeng. While waiting for hubby to arrive from Beijing, kemas rumah dan did some laundry.

 Lempeng for breakfast.


Hubby came back with big present for them. Adik tak sabar tunggu Abang balik from camp nak main control car ni.



Sunday morning , we went out to buy some groceries dan bahan-bahan untuk masak nasi kerabu. Ajiq wish for nasi kerabu for dinner bila dia balik from camp.Bertambah-tambah mereka makan. Alhamdulillah,...

 Ambil gambar Adik, in preparation for school's registration. Dah besar dah Adik, 2016 dah nak masuk Darjah Satu.Huhuhu... all my babies has grown up. Sign of me being aged....

Thursday, August 14, 2014

Kami datang nak raya.....

Salam,,

Sabtu lepas, kawan Ajiq datang beraya. Alang-alang dah masak untuk kawan Ajiq jemput sekali jiran dan my best friend.

Masak Soto Madura, nasi impit, kuah kacang dan puding roti.





Tetamu pertama.Syahir dan adiknya Aina. Syahir is Ajiq's bff. Gambar tetamu lain tak sempat nak ambil...hehe


Alfresco style.
Makan kuih raya sambil menikmati keindahan taman

Esoknya, giliran kami pulak berjalan. Kunjungan balas ke rumah Kak Ina, my bestfriend dan rumah Jijah.Penuh perut makan.The food was so good....


Adik
 
 Abang



Ni kat rumah Kak Ina
 
Adik and the best friend, anak-anak Kak Ina, Azim dan Ayishah

More raya open house and kenduri to attend this weekend. Can't wait to meet kawan-kawan yang jarang bertemu muka. Hari Raya lah masa yang paling tepat untuk ziarah menziarahi dan bertemu mesra.Nasib baik raya sebulan...kan?

Wednesday, July 2, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....

Salam semua,

Alhamdulillah dipertemukan kita lagi dengan Ramadhan kali ini.Di kesempatan ini, rebutlah peluang mebuat ibadah, bukan sahaja berpuasa, solat tarawikh dan ibadah-ibadah sunat yang lain, tapi sedekah, waqaf dan amal jariah jangan dilupa. Di bulan inilah kita nak rebut pahala berganda dan berpanjangan hingga kita sudah tiada lagi di dunia ini.

Ramadhan kali ini, kami berpuasa tanpa Ayah dan Wan yang telah meninggalkan. Sunnguh pantas masa berlalu, Ramadhan ini genaplah setahun Ayah pergi. Semoga Ayah di rahmati disana....Al fatihah.

Insya Allah, mama akan datang berpuasa bersama minggu depan.Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Memang niatku nak bawa Mama puasa disini, tapi bila kunyatakan hasrat, Mama macam susah nak terima sebab sayang nak tinggalkan rumah.Ya lah, semua orang nak berpuasa dirumah sendiri. Lebih-lebih lagi orang tua, memang susah nak tinggal bersama anak-anak. Selagi mereka masih ada daya, mesti nak duduk rumah sendiri. Lebih selesa, nak ke surau pun senang, ada kawan-kawan di surau....Memandangkan adik lelaki aku dah pindah ke KT bersama keluarganya, tiada siapa dirumah menemankan Mama, akhirnya Mama setuju nak berpuasa disini.Alhamdulillah...nanti boleh kita sembahyang terawikh bersama...

Tahun ni, Adik mula belajar puasa. Separuh hari jer...makan jam 12tgh then puasa sampai waktu berbuka. Alhamdulillah , berjayalah separuh hari.Teruskan ya, Dik

 Muka masih ceria, sebelum tidur petang. Bangun tidur, kami ke Pasar Ramadhan.Adik mintak cream puff dan trifle dan Milo.

 Sementara Adik tidur, Abang main robot to kill time.



 Hari kedua, Abang dan Adik ke rumah Mama Leha. Maka, penuhlah meja dengan kuih yang dibawa balik.Adik dan Abang ikut Kak Nana dan Papa Amir berniaga di Pasar Ramadhan. Seperti tahun-tahun yang lepas, kuih mereka memang laku.

Ni juadah berbuka semalam, Ayam masak lemak cili api, Kobis goreng dan ulam. Sebab tiada kuih hari ni, aku tambah dengan bihun goreng. Adik suka bihun goreng....kiranya macam upah puasa untuk Adik lah...

Macam tahun lepas, aku dah siapkan menu  berbuka untuk seminggu.Jadi senang lah , tak payah pikir hari-hari nak masak apa. Moga Allah berikan kekuatan untuk memasak setiap hari....

Selamat berpuasa semua....

Saturday, October 12, 2013

Cooked grilled chicken rice for lunch today.Alhamdulillah.My sister and her hubby came over to join lunch.

 Marinate the chicken with chopped garlic, olive oil, salt and black pepper for an hour and grilled

Soup and chilli

 The veges- salad, tomato and cucumber
Soy sauce
Spring onion and chinese parsley
 Chicken rice.I only used chicken stock to cook this. Easy peasy

Sirap selasih and watermelon

Bon Apetite

Friday, July 19, 2013

Masaklah dengan penuh kasih sayang.....


 Olla peeps,

Dek sebabkan kecewa dengan makanan pasar Ramadhan, aku berazam akan masak jer untuk berbuka bulan puasa ni.Cuma beli kuih jer. Jadi, semalam tengah hari gigihlah ke pasar beli barang tambahan untuk masak nanti.

Hasilnya.....taraa....

Sambal Udang Petai             
Masak Lemak Labu
Ikan Kerisi goreng
Budu
Ulam-ulaman. Ulam raja tu petik dari kebun kat backyard
Kuih beli jer
Bubur lambuk
Bubur lambuk ni office bagi. Adik makan ni jer. Dia memang suka sangat bubur lambuk.Minggu depan dapat lagi. Memang setiap tahun ,office akan belikan dan agihkan untuk semua staff. Kadang-kadang ada yang tak suka, boleh lah ambik 2 bungkus.

Alhamdulillah, puasa tahun ni tak ada masalah. Ajiq pun ok, walaupun kena gerak awal dari biasa dan biasanya sampai kat sekolah agama keadaan masih gelap. So, dia duduk lah kat kantin dulu sementara pintu blok buka.

Ajiq lebih prefer makan kat rumah. Kata dia mama masak lagi sedap, sebab mama masak penuh kasih sayang. Inilah salah satu cara kita mengikat kasih sayang antara keluarga. Anak-anak, walau jauh ke mana mereka merantau, masakan ibu tetap akan dirindui......

Wednesday, July 17, 2013

Jangan kecewa lagi.....

Hai semua,

Selamat Menjalani Ramadhan. Cepat jer masa berlalu,tup tup dah hari ke 8 kita berpuasa.Setakat ni memang makan kat rumah aje sejak balik dari Kemaman, pengebumian arwah anak saudara. My sis pun pantang kat my house sebelum balik to Kemaman yesterday.

So, yesterday husband bagi cuti rehat dari memasak for berbuka.Hubby cakap, kita beli je lah kat pasar Ramadhan, bagi Mama rehat hari ni.Lepas solat Asar semalam, me and my son went off to Pasar Ramadhan mencari juadah berbuka. Hubby dah siap-siap order Nasi Beriani, Ajiq nak makan Nasi Tomato. So, pencarian bermula.

Lepas beli nasi untuk mereka berdua, cari pulak Nasi Kerabu for me. Dapatlah, Nasi Kerabu dan lauk ayam percik. Besar ayamnya, 1/4 potong.Oklah for RM 10.50 for both nasi and lauk.Tapi......yang kecewanya, bila makan....MANIS!Oh, potong selera. Hubby dan Ajiq punya oklah...walaupun tak sedap sangat. But, aku punya memang fail.Hhuhuhu....kesian , kempunan nak makan nasi kerabu.

Jadi , aku berazam untuk masak jer starts from today. Kuih pun aku tempah ngan Kak
Leha jer. Dah siap telefon dah, hari ni pulut serunding dan karipap.Nanti masa hubby ambil my girl, ambil kuih terus. Oh...by the way Kak Leha and husband are our babysitter. Dan dia orang memang jual kuih setiap hari. Memang gerenti sedap....


 Ni lauk masak hari Isnin. Asam pedas ikan campur nenas, ikan bakar kunyit, kangkung belacan dan ikan haruan masak asam. Satar, pulut panggang dan murtabak beli kat pasar Ramadhan.

For moreh plak, buat cucur jagung. Home cook food jugak yang sedap.....

Alhamdulillah, kebun kecil kat backyard dah pun membuahkan hasil.Thanks to hubby oz realized my dream to have my own vegetable garden. Vegetables with free pesticide!

 Percubaan pertama menanam tomato. Dah banyak kali petik untuk masak kari dan buat air asam. Sedap...


Pandan yang merimbun.

 Ulam raja, ulam kegemaranku.

 Selasih dan daun kesum

 Cili api kampung

 Daun kunyit dan pohon betik yang sudah sedia untuk dialihkan


Kacang botol dan bunga telang dah mula memanjat.Tak lama lagi dapatlah menikmati hasilnya...


Setiap hari, balik kerja terus belek pokok-pokok ni. Ajiq yang selalu rajin siram. Insya allah, akan ditambah lagi dengan tanaman lain. Teruja tengok kebun-kebun orang lain.....For me, satu kepuasan dapat masak sayuran dari kebun sendiri.

Gardening is also one f the stress therapy.Dah penat di pejabat, hati senang melihatkan kehijauan pokok tanaman. Nanti I update pasal taman kat depan pulak....

Banyak cara nak senangkan hati.Carilah hobi yang memberikan ketenangan pada kita.As for me, I found gardening and cooking are one of  the way to release out the stress.

Mmmmm...apa nak masak hari ni ye, nak ubatkan kekecewaan semalam?


Thursday, May 16, 2013

Ya Allah, kurniakanlah aku rezeki....

Olla,

I was on leave yesterday, off to visit gynea coz pep smear has been due. Furthermore, hubby pun buat medical check up jugak, so sekali kan lah.

Traffic yesterday from home to Ampang Puteri was so clear. In 30 minutes dah sampai.Since nak buat med check up you need to puasa, so tak dela acara breakfast.

While waiting for the doctor habis melawat ward, my girl duduk la lepak sambil tonton Dora the Explorer kat klinik. Elok jer hubby sampai kat kilinik lepas dia punya med check up, nama I pun dipanggil.Rezeki lah, coz ramai yang pergi breakfast dulu . After consultation and pep smear procedure, dalam 30 minit jer. Actually pep smear procedure ni sekejap jer dan tak menyakitkan langsung. And it's very important to all women yang dah berkahwin dan melahirkan anak. It's like on the of the step to prevent cancer. Kita berusaha kan mencegah itu lebih baik dari merawati.

Then , terus ke Summit USJ coz yesterday starts the Toysrus Stars Members Sale. Even the sale was not as good as last year, we managed to secure something for these 2 budak masam.


Since Adik follow us, she got the previledge to choose.She opted for the musical band. Abang dapat NERF lagi. Suka la dia orang....

 Balik rumah dah penat, just masak clear tom yam soup and paprik ayam je.
Alhamdulillah.


Setiap hari, I'm trying my best to cook for dinner and have dinner together. Masa tu lah, nak borak dengan anak-anak. Tanya pasal sekolah, their activities dan macam-macam lagi.

Rezeki yang Allah bagi datang dalam pelbagai bentuk.Bukan pangkat dan kedudukan sahaja. Anak yang soleh, sahabat yang sentiasa mendoakan kita, kesihatan yang baik, masa bersama keluarga, kehidupan yang tenang juga rezeki. Tetapi kita seringkali lupa untuk memandang ke arah itu. Moga aku akan lebih bersyukur dengan apa yang aku ada, Insya allah....