Wednesday, July 17, 2013

Jangan kecewa lagi.....

Hai semua,

Selamat Menjalani Ramadhan. Cepat jer masa berlalu,tup tup dah hari ke 8 kita berpuasa.Setakat ni memang makan kat rumah aje sejak balik dari Kemaman, pengebumian arwah anak saudara. My sis pun pantang kat my house sebelum balik to Kemaman yesterday.

So, yesterday husband bagi cuti rehat dari memasak for berbuka.Hubby cakap, kita beli je lah kat pasar Ramadhan, bagi Mama rehat hari ni.Lepas solat Asar semalam, me and my son went off to Pasar Ramadhan mencari juadah berbuka. Hubby dah siap-siap order Nasi Beriani, Ajiq nak makan Nasi Tomato. So, pencarian bermula.

Lepas beli nasi untuk mereka berdua, cari pulak Nasi Kerabu for me. Dapatlah, Nasi Kerabu dan lauk ayam percik. Besar ayamnya, 1/4 potong.Oklah for RM 10.50 for both nasi and lauk.Tapi......yang kecewanya, bila makan....MANIS!Oh, potong selera. Hubby dan Ajiq punya oklah...walaupun tak sedap sangat. But, aku punya memang fail.Hhuhuhu....kesian , kempunan nak makan nasi kerabu.

Jadi , aku berazam untuk masak jer starts from today. Kuih pun aku tempah ngan Kak
Leha jer. Dah siap telefon dah, hari ni pulut serunding dan karipap.Nanti masa hubby ambil my girl, ambil kuih terus. Oh...by the way Kak Leha and husband are our babysitter. Dan dia orang memang jual kuih setiap hari. Memang gerenti sedap....


 Ni lauk masak hari Isnin. Asam pedas ikan campur nenas, ikan bakar kunyit, kangkung belacan dan ikan haruan masak asam. Satar, pulut panggang dan murtabak beli kat pasar Ramadhan.

For moreh plak, buat cucur jagung. Home cook food jugak yang sedap.....

Alhamdulillah, kebun kecil kat backyard dah pun membuahkan hasil.Thanks to hubby oz realized my dream to have my own vegetable garden. Vegetables with free pesticide!

 Percubaan pertama menanam tomato. Dah banyak kali petik untuk masak kari dan buat air asam. Sedap...


Pandan yang merimbun.

 Ulam raja, ulam kegemaranku.

 Selasih dan daun kesum

 Cili api kampung

 Daun kunyit dan pohon betik yang sudah sedia untuk dialihkan


Kacang botol dan bunga telang dah mula memanjat.Tak lama lagi dapatlah menikmati hasilnya...


Setiap hari, balik kerja terus belek pokok-pokok ni. Ajiq yang selalu rajin siram. Insya allah, akan ditambah lagi dengan tanaman lain. Teruja tengok kebun-kebun orang lain.....For me, satu kepuasan dapat masak sayuran dari kebun sendiri.

Gardening is also one f the stress therapy.Dah penat di pejabat, hati senang melihatkan kehijauan pokok tanaman. Nanti I update pasal taman kat depan pulak....

Banyak cara nak senangkan hati.Carilah hobi yang memberikan ketenangan pada kita.As for me, I found gardening and cooking are one of  the way to release out the stress.

Mmmmm...apa nak masak hari ni ye, nak ubatkan kekecewaan semalam?


No comments:

Post a Comment