Wednesday, July 2, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....

Salam semua,

Alhamdulillah dipertemukan kita lagi dengan Ramadhan kali ini.Di kesempatan ini, rebutlah peluang mebuat ibadah, bukan sahaja berpuasa, solat tarawikh dan ibadah-ibadah sunat yang lain, tapi sedekah, waqaf dan amal jariah jangan dilupa. Di bulan inilah kita nak rebut pahala berganda dan berpanjangan hingga kita sudah tiada lagi di dunia ini.

Ramadhan kali ini, kami berpuasa tanpa Ayah dan Wan yang telah meninggalkan. Sunnguh pantas masa berlalu, Ramadhan ini genaplah setahun Ayah pergi. Semoga Ayah di rahmati disana....Al fatihah.

Insya Allah, mama akan datang berpuasa bersama minggu depan.Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Memang niatku nak bawa Mama puasa disini, tapi bila kunyatakan hasrat, Mama macam susah nak terima sebab sayang nak tinggalkan rumah.Ya lah, semua orang nak berpuasa dirumah sendiri. Lebih-lebih lagi orang tua, memang susah nak tinggal bersama anak-anak. Selagi mereka masih ada daya, mesti nak duduk rumah sendiri. Lebih selesa, nak ke surau pun senang, ada kawan-kawan di surau....Memandangkan adik lelaki aku dah pindah ke KT bersama keluarganya, tiada siapa dirumah menemankan Mama, akhirnya Mama setuju nak berpuasa disini.Alhamdulillah...nanti boleh kita sembahyang terawikh bersama...

Tahun ni, Adik mula belajar puasa. Separuh hari jer...makan jam 12tgh then puasa sampai waktu berbuka. Alhamdulillah , berjayalah separuh hari.Teruskan ya, Dik

 Muka masih ceria, sebelum tidur petang. Bangun tidur, kami ke Pasar Ramadhan.Adik mintak cream puff dan trifle dan Milo.

 Sementara Adik tidur, Abang main robot to kill time.



 Hari kedua, Abang dan Adik ke rumah Mama Leha. Maka, penuhlah meja dengan kuih yang dibawa balik.Adik dan Abang ikut Kak Nana dan Papa Amir berniaga di Pasar Ramadhan. Seperti tahun-tahun yang lepas, kuih mereka memang laku.

Ni juadah berbuka semalam, Ayam masak lemak cili api, Kobis goreng dan ulam. Sebab tiada kuih hari ni, aku tambah dengan bihun goreng. Adik suka bihun goreng....kiranya macam upah puasa untuk Adik lah...

Macam tahun lepas, aku dah siapkan menu  berbuka untuk seminggu.Jadi senang lah , tak payah pikir hari-hari nak masak apa. Moga Allah berikan kekuatan untuk memasak setiap hari....

Selamat berpuasa semua....

1 comment:

  1. Salam fieza, nampak cantik gulai ayam tu- semua hidangan pun termasuk bee hun nampak sedap:)

    ReplyDelete