Thursday, September 29, 2011

Apa yang dicari oleh seorang wanita?

Menjadi seorang wanita berkerjaya bukan mudah.Tambahan pula tiada pembantu rumah untuk menguruskan rumah ketika bekerja.Namun, kebanyakan wanita adalah super woman.Di office, ramai kawan-kawan yang tiada pembnatu rumah, tapi masih boleh memasak untuk makan malam bersama keluarga.Penat usah cerita, tapi semuanya hilang tatkala dibuai mimpi dan rutin harian bermula lagi keesokan hari.Di pejabat tak kurang sibuk juga.Meeting, discussion, presentation, site visit dan kadang-kadang outstation menuntut kesabaran dan perancangan yang teliti.Semuanya nak kena diatur supaya tiada barang tercicir ketika anak dihantar ke taska oleh suami dan baju sekolah tak bergosok!
For me, keluarga perlu diutamakan.Senang hati bile melihat anak dan suami berselera menjamah hidangan walaupun hanyalah sayur dan ikan goreng.Yang penting dimasak sendiri dirumah!Kadang-kadang bila penat, teringin nak ambil pembantu.Tapi bila pikirkan banyak kontra dari pro, lupakan saja niat tu.Tambahan pula tugas aku memerlukan aku bekerja luar atau kata nama lain outstation sama ada dalam atau luar negeri.Suami pula tak betah tinggal di rumah dengan anak-anak dan bibik saje!Jadi...mamalah jadik bibiknya!Sebab itu, weekend adalah masa sepenuhnya untuk keluarga.Sungguh bahagia walaupun hanya berada didalam rumah.Semuanya dilakukakan bersama...kemas rumah,berkebun dan bila petang kayuh basikal keliling taman perumahan.
Tiap kali nak bertukar tempat kerja atau memohon ke jawatan lebih tinggi yang menuntut pengorbanan dari segi masa...membuatkan aku berfikir sepuluh kali.Aku tak boleh balik lambat...sebab ada anak yang perlu diambil dari taska.Aku tak biasa tinggalkan anak di hujung minggu tanpa rasa bersalah.Sebab itu, setiap kali outstation, pulannya mestilah bersama hadiah.Untuk anak dan juga suami...ganti masa ketiadaan mama di rumah!
Tapi disudut kecil hati ini sentiasa berkata...sampai bila aku nak begini?Nak juga merasa jadi bos dan menjadi    
orang penting di pejabat.Gaji besar bermakna tanggungjawab juga besar....oh...dilema sungguh.
Jadi apa yang sebenarnya dicari oleh seorang wanita?Kerjaya di puncak kegemilangan atau keluarga yang bahagia dan anak-anak yang akan mendoakannya di alam barzakh kelak?
Untuk aku...jika diberi peluang, Insya Allah tanggungjawab akan dijalankan dengan sebaiknya, keluarga tidak akan diabaikan.OH...aku perlu belajar untuk menguruskan masa dengan lebih baik dan menjadi supermak!Kena lebih banyak makan jamu dan vitamin ..supaya kesihatan terjaga dan bertenaga!
Aku percaya setiap pengorbanan akan dibalas dengan yang lebih baik oleh Allah SWT.Ikhlaslah dalam berbuat sesuatu!


Permata hatiku!Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa.Amin


Tuesday, September 27, 2011

Kerusi taman


Dah lama mencari kerusi untuk letak kat taman.At last jumpa kat Ikea with reasonable price.Lepas ni boleh berblogging from taman!

Thursday, September 15, 2011

Vacation

Olla peeps.

Tgh busy preparing for next vacation to Hat Yai.Packing done last night. Tgh hari nanti nak singgah Cold Storage to get some cereal and muesli bar for the kids.Since, this time 4 families yang ikut serta,so food kena stock up banyak sikit.Yerlah, takkan anak kita je makan, nanti kids lain tengok...

I've started travel with kids ever since Ajiq was still small.Tak susah travel with him.Dalam flight ok, makan ok.Adik pun sama.Cuma pastikan food for the ada jer.And also the toys.

Ni first time Ajiq naik flight.To Kuching.Masa ni cranky sikit, because of the air pressure masa nak touch down.
At Kuching town

Because he behaved well, kami confident la nak bawak gi jalan-jalan lagi.Ni masa pergi Bandung in 2008.

Pasar Baru, Bandung

 Tak nak dia cranky masa ikut pergi shopping, upahlah ngan ice cream.

Puncak, Bandung
Satu lagi Ajiq punya fav activities, swimming.Swimming suit memang kena stand by jer every time travel.
 In Singapore, April 2008.Swimming acara wajib before keluar jalan-jalan.

Sentosa Island, Singapore

Then, bila Hannah lahir we stated to travel again when she reached one year.
Ladies Market, Hong Kong
Last year we went to Hong Kong.Ajiq enjoys the trip so much.This time Ajiq dah 6 years old.So dia dah faham la.Cuma Hannah je, menangis when met with the Disney's character.

Hong Kong Disneyland
Abang and adik,  behave well, so next year we'll bring you to Universal Studios pulak!

p/s choose either Japan''s Universal Studios or Singapore's Universal Studios!

Wednesday, September 14, 2011

Majlis Hari Raya

Almost everyday ada jemputan ke Majlis Hari Raya.Be it kawan-kawan mahu pun company.Segala makanan ada.Penat puasa bulan Ramadhan, turun 3 kilo naik balik 5 kilo.

Last night, majlis hari raya my company.Penat ...biasala...every year memang muka aku jer yang kena kerja.Pagi tadi punyalah liat nak bangun.Ikutkan hati mc jer....Mengenangkan kerja banyak, kugagahkan jugak la...
Muka dah tembam, akibat banyak sangat pergi beraya...macam mana nak turun balik ni....hhhuuaaaa....