Monday, December 31, 2012

The last day of 2012

2012 has come to the end. With a lot of ups and downs, teach me to be more tough indeed.

Hope this coming 2013 will shine up my life more.Hope to be a good muslim, wife, mother and worker.Insya Allah, Amin

Happy New Year!

Friday, December 21, 2012

Family vacation....

Olla peps..

I just came back from long holiday. Went to Singapore, Johor and  Mallaca.Balik office terus continue my duty organizing a seminar. Fuhhh lega dah habis...

Hari ni baru sempat update blog.Overall our annual vacation, went well.Cuma tak sempat shopping banyak2 kat Orchard Road. Tak pe...nanti boleh pergi lagi...


We went to USS, Sentosa Island,Legoland and Bayou Lagoon Resort.Penat tapi berbaloi.


Budak 2 orang ni lagi la...tengok apa yang dia orang shopping kat USS....


Kat Legoland...beli lagi...Tu tak campur lagi t-shirt from USS and Legoland, keychain, fridge magnet dan macam-macam lagilah...

Anyway, memang percutian ni untuk anak2. Setahun kerja penat2...inilah masa nak enjoy.Memang kita kerja untuk anak2 kan? Siapa lagi yang kita nak kongsi kalau bukan anak-anak.Moga-moga mereka akan faham, segala pengorbanan yang dicurahkan buat mereka.Dan moga mereka tak lupa kami bila dah besar nanti.Amin...

2013 is coming.Kena kerja kuat lagi...then boleh enjoy in our next trip.Ke mana pulak ek?


Thursday, November 29, 2012

Fresh from the oven.....

Salam,

Hari ni dah Khamis,esok Jumaat.Then weekend comes again.Kadang-kadang, terasa begitu cepat masa berlalu.Cerita weekend lepas belum sempat update, dah nak masuk weekend baru.Kat office,kerja banyak.Macam-macam hal nak kena handle.Balik dah penat...tak sempat nak update blog.


Bake butter cake yang sangat moist dan sedap ni.My friend datang dinner kat rumah, seronok makan sama-sama sambil berborak.Jamu kek ni fresh from the oven.
Anak-anak dah berkubang main kat bilik atas.


Then, I bake pula Nutella Muffin untuk bawa bekalan ke picnic hari Ahad.


Picnic di Sg. Kroh, FRIM lepas cycling.Seronok dapat menikmati keindahan alam semulajadi.Nyaman suasananya...


Anak-anak bermain air yang sejuk dan jernih. Kelihatan anak-anak ikan berenang-berenang, sungguh mendamaikan.

Weekend ni pulak nak balik kampung.Husband's cousin getting married.

Anak-anak dah tak sabar menunggu hari untuk percutian kami.Maknya pun sama.


Tiket, duit  dan pasport dah sedia.We are ready to go....





Love going stronger everyday...

Olla peeps...

Setiap kali solat aku akan titipkan doa," Ya Allah , Kau kuatkanlah kasih sayang antara kami dan kekalkanlah sehingga ke akhir hayat kami...,"

Dalam membina keluarga kita perlu sentiasa berusaha untuk mengukuhkan kasih sayang antara suami isteri.Usaha perlu diiringi dengan doa. Sebagai isteri juga kita perlu memainkan peranan.Ingat lagi sorang Ustazah dari rancangan Ustazah Pilihan pernah datang ke office dan menyampaikan ceramah mengenai kekeluargaan.Katanya suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing dan sentiasa berusaha dan berdoa untuk mempertahankan perkahwinan. Jangan sesekali mendekatkan kepada penceraian, walaupun ianya halal tetapi ianya paling dibenci oleh Allah.

Bertolak ansur, saling maaf memaafi, buangkan ego...antara perkara yang perlu dalam perkahwinan.Cinta yang terbina perlu sentiasa dipupuk dan dibajai...Macam-macam cara nak memupuk cinta.Bukan anak saja yang perlu diberi perhatian, suami juga perlu belaian isteri.Pandai-pandailah imbangkan...

We've been treasure our love since 1997.5 years as couple and 10 years of marriage.Alhamdulillah. Bukan tak ada badai, tapi masing-masing sayangkan perhubungan ini dan cuba sedaya upaya mempertahankannya. Impian aku, moga-moga dapat mengharungi hidup bersama hingga ke akhir hayat. Masa tua nanti, sama-sama habiskan masa bersama.I really adore those sweet loving old couple.Amin...


Ni masa my graduation.Actually hubby dah grad earlier.But we decided to take picture together masa my graduation. 3 years he has to wait for this memorable moments...


Ni masa our wedding day


Us now.Love is going strong everyday....


Tuesday, November 20, 2012

Durian Treat

Tiap kali kereta melepasi stall menjual durian Adik pasti jerit "Duyan, Adik nak duyan.Adik suka duyan,". So, untuk tidak menghampakan adik, lepas dinner we went out to buy durian.Bought two durian kampung for RM 20.


Sedang memilih durian, abaikan tiang ditengah2 tu. I snap from the car.Mem tunggu dalam keter jer...


Durian kampung, manis dan lemak.


Budak yang nak makan durian sangat."Manislah durian ni, Mama,"


Hantu durian jugak ni....

Simpan empat ulas dalam bekas, masuk dalam peti ais.Esok boleh masak pulut durian pulak....

Monday, November 19, 2012

Hijrahkan hatimu.....

Salam,

Hari ni sambil memandu pulang dengar IKIM.fm. Ini kali pertama dapat dengar Ustaz Pahrol berbicara di IKIM. Selalunya mesti terlepas atau terlupa. Alhamdulillah hari ni dapat dengar dan hayati ceramah beliau bertajuk Hijrah Hati.

"Hijrah adalah proses yang berterusan.Bukan hanya tunggu bulan Muharam, baru boleh berhijrah.Hijrah perlu dengan hati,baru ada rasa dan kesan.Bukan setakat perubahan fizikal, tapi perlu dengan perbuatan.Kerana bimbang jika hanya dengan fizikal dan penampilan, tanpa diikuti dengan perbuatan dan amalan, bimbang hijrah tersebut tidak bertahan lama.Atau jika berhijrah kerana ada ganjaran atau hukuman, bimbang kita tidak ikhlas dalam berhijrah.Kita perlu menanamkan hasrat berhijrah sepanjang masa.Berubah dari perangai yang buruk kepada baik,dari solat biasa-biasa kepada lebih penghayatan. Semoga dengan azam yang kita tanam , Allah akan memberi petunjuk ke jalan yang diredhaiNYA.

Dalam kehidupan,kita perlu mencari penunjuk jalan dan pembimbing.Dan kata Ustaz Pahrol lagi, alangkah baiknya jika pembimbing kita adalah ahli keluarga kita sendiri.Pembimbing tu maksudnya yang senantiasa mengingatkan kita akan jalan yang patut kita lalui. Carilah pembimbing dikalangan rakan,kawan dan sahabat dan pada masa yang sama, kita juga menjadi pembimbing buat mereka".

Insya allah, sama-samalah kita cuba,ye?



Sunday, November 18, 2012

Good purchase always makes you happy, yeah?

Salam everybody,

Weekend are back. Masa yang paling dinanti.Setelah bertungkus lumus di office, weekendlah masanya nak hilangkan segala stress.Masa untuk dihabiskan bersama family.

Our weekend started with work out  at the gym on Saturday morning. 30 minutes on the treadmill, burn 173 calories.Masih pelu ditingkatkan and maintain the momentum.Kalau dah berhenti nanti, susah nak start balik.

Then, kami pergi jenguk progress our new shelter.Hubby je yang masuk ke construction site to take some photo of the progress. Semoga dipermudahkan Allah segala urusannya.Insya allah awal 2015 bolehlah masuk rumah baru.

Balik start cooking for lunch while hubby pergi tolong pasang khemah untuk majlis berkhatan beramai-ramai on Sunday.Petang tu seekor lembu ditumbangkan untuk kenduri berkhatan. I pun pergi jugaklah tolong potong bawang dan kentang untuk persiapan kenduri. Kalau ada lembu utnuk kenduri, maknanya adalah juga sup tulang dan gear box. Malam tu kami kenduri sup tulang, rendang hati, ikan goreng, ulam dan sambal belacan. Cukup selera dititambah pula dengan gosip bersama jiran tetangga. Sesekali bertemu, banyaklah ceritanya.



Majlis berkhatan starts as early 8 am dengan majlis bersiram.Dua buah kereta bomba datang untuk menyembur air pada para peserta.Seronok bukan main, dapat main air sebelum dikhatankan. Lepas mandi, mereka diarak pula dengan paluan kompang. Huiih...macam pengantin dah lagaknya.Siap disambut dengan pencak silat lagi.Lepas makan beradap, majlis berkhatan dimulakan. Macam-macam ragam dapat dilihat, ada yang menangis, meraung semuanya pasti akan menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan.



Balik rumah dah tengah hari. Take a nap for a while  to recharge my energy.Lepas solat zohor ,we headed to The Curve.Sampai je di The Curve terus ke jualan Hush Puppies at the Centre Court. Today is the last day.Bought two comfy sandal with the very good price.


Bought this white leather sandal RM 40.Can you believe it?


And this one at RM 78.Sungguh berbunga hati ini.What a good price for such a comfy sandal.Good purchase always makes you happy kan?


Alah membeli menang memakai.Alang beli, dua terus....hehehhe.Itulah untungnya kalau beli masa sale.Biarlah dah out dated pun, asal selesa.

Bought also 2 pairs of socks for my hubby.

Then went for early dinner at Marche. Kenyang sampai tersandar.Adik eats a lot, coz dia tak makan langsung masa kenduri tadi.


Mmmm...tomorrow routine starts again.Dah seronok cuti, rasa malas jer nak ke office esok. Anyway, good nite. Time to sleep sambil berangan ...baju apa aku nak pakai esok ,ye?



Tuesday, November 13, 2012

Treasure your life with love and happpiness

Salam,

Lately I didn't update often. So busy, last week most everyday kena bagi talk.I took this as part of amal jariah.Giving talk about how to save energy and use energy efficiently,give me a chance to educate people about how important it is. Moga-moga ilmu yang diajar ini akan diamalkan, Insya Allah.

Last weekend, attended Hari Anugerah Cemerlang.Alhamdulillah, tahun ini Ajiq masih kekalkan prestasi for both sekolah kebangsaan and sekolah agama.Keep up the good work, I love you so much.

Ajiq with his both medal.Congrats boy
Alhamdulillah.Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk.Kesihatan, kejayaan anak-anak, kawan yang baik yang sentiasa mendoakan kita dan banyak lagi yang mungkin tak dapat kita senaraikan.Jangan berburuk sangka dengan Allah atas ujian yang menimpa kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.Ada sebab kenapa permintaan kita itu masih belum ditunaikan. Ada hikmah disebalik segala kejadian yang telah Allah tentukan. Hanya akal kita yang pendek ini tidak dapat mengambarkan hikmah Allah yang Maha besar buat hambaNYA ini.

Alhamdulillah, masih diberikan nikmat oleh Allah untuk menghirup udara di pagi ini.Pagi yang cerah dimanfaatkan sebaiknya. Cuci baju kerja, sidai sementara mentari menyinar terik.Hari ni hubby buat operasi cuci dan kemas bilik Ajiq dan Adik. Tiba masannya buang segala barang yang tak diperlukan lagi.Spring cleaning baju kerja yang dah lama. Masih elok, cuma sudah tak dipakai lagi. Masuk beg,nanti hantar ke rumah anak yatim.

Bake hubby's favourite muffin today. Orange poppy seed muffin. Ajiq dan Adik pun suka.


Fluffy muffin in the oven.Harum semerbak baunya ke seluruh rumah.


Walaupun, rupanya tak berapa cantik, tak macam di kedai but I bake with full of love.

My little girl demam.Hari ni dah beransur baik.Lepas baik baru boleh pergi swimming, her favourite activity. Tahun depan, Adik dah 4 tahun.Thinking of sending her to Smart Reader. Let her socialize and start learning. Now, Adik dah kenal huruf dan nombor. She managed to count 1-20 now.


Quite a high temperature, cepat-cepat letak ice pack atas dahi dan perut. To cool down. Lepas makan ubat dah kurang demamnya.


Cheeky face, get well soon my dear.

Happy Diwali to those who celebrate. I got few Indian friends too and it's nice to share different culture with them. My father loves Indian food especially pooree and idli.Ada satu kedai mamak area my house served nice pooree. Nanti Ayah datang, bolehlah breakfast pooree kat sini.


Pooree ni macam lempeng goreng.Masa masih panas, kembang macam belon.Nice to eat with dhal  and sambal.

Public holiday macam ni macam-macam kerja oleh buat.Manage to iron my clothes, basuh bilik air, kemas rumah etc. Looking forward for next public holiday this Thursday. Hubby will be working on that day. So, thinking of going to tailor and bawak kids jalan-jalan.

Macam-macam cara nak hiburkan hati. Don't let stress in the office spoil your life. Be healthy and happy, coz if you do your family will be healthy and happy too!

This is how I treasure my life, with love and happiness.

Monday, November 5, 2012

Vacation to Kota Bharu

I was instructed to work at Kota Bharu.Heard that, husband asked to book a hotel and plan for the trip.Since I'll be working on Sunday,( Sunday is working day for Kelantan) hubby took one day leave.Then I make a reservation at Grand Riverview hotel.

We started our journey early Saturday morning, heading to Tapah.This time we took Tapah-Cameron Highland-Lojing-Gua Musang-Kota Bharu route.First stop is at R&R Tapah , had our breakfast there.After brekfast, we started our journey to Cameron Highland. I always love Cameron Highland for vacation. Very nice place with nice weather.


Stop at KHM Strawberry Farm.I always love their scones and jam.

Tak sah kalau pergi Cameron without buying their fresh veges.Tak sabar nak masak sup with the celeries.


Then we stop at Bharat Tea.Ada 2 ekor turkey kat ladang teh.First time Ajiq dan Adik tengok turkey.


Then perjalanan diteruskan. sampai Gua Musang jam 3.Berhenti lunch kat gerai " Nasi Ulam Budu".a trade mark for Kelantanese.Lepas makan, sambung lagi perjalanan. At last sampai di hotel jam 6.30 petang.

Lepas mandi,sembahyang dan rehat, kami keluar makan.Kali ni ke D'Syaz Cafe.Menu istimewa di sini Maggi Ketam.But we opted for nasi coz Ajiq and Adik cannot eat Maggi.Order Ketam Black Pepper, Tom Yam Seafood and Telur Bungkus. Sedap dan harga berpatutan.D"Syaz Cafe located along the way ke PCB.Tepi jalan betul.Tak susah nak cari.

Lepas makan, balik hotel nak siapkan presentation.Memang puas hati makan kat sini.Highly recommended.

Sunday, while I'm working hubby took children to swimming pool.Puaslah mereka mandi manda.

Lepas kerja, shopping time.


Bought 10 pieces kain bawal akbar.Hantar jahit tepi, tada....dah siap my tudung.Kalau nak bling bling nanti boleh hantar untuk lekat kristal swavroski.


Hubby bought me this cotton for me. This time, tak beli batik coz I still have batik yang belum dijahit. Thanks honey.Tak sabar nak pergi hantar ke tailor.

Lepas shopping di Bazar Buluh Kubu,we went to KB Mall.Biggest mall in KB.Tak beli apa2 pun coz semua kedai kat sana ada di KL.Then, lepas maghrib ke Wakaf Che Yeh. Orang kata kalau ke Kelantan tak beli mattress Narita @ TOTO tak sah. My sis dah kirim awal2 lagi.Bought also for us. Untuk kids.Cantik pulak gambarnya...sesampai di rumah cepat-cepat adik angkat bawak masuk bilik suruh bentang untuk dia orang tidur malam ni.

We started our journey back as early as 9 am pagi tadi. 8 malam sampai kat rumah.Kali ni lalu Grik pulak.Dapatla berhenti makan tengah hari di Restoran Tasek Raban  yang glamer tu. Then singgah di R&R Tapah untuk solat. Ajiq asked for Baskin Robbins .Bought Mini Waffle @RM9.90 each. Now kan tengah campaign....don't forget to vote for your favourite flavour at BR FB fanpage.




Matress dah siap bentang. Time to  say good night, after very long journey. Walaupun penat, but so happy coz dapat habiskan masa sama-sama dengan beloved family.


Good nite everybody!

Friday, October 12, 2012

Kalau dah cuti....

Hai...

Hari ni giliran I plak cuti untuk jaga Adik. Baby sitter temankan suaminya kat hospital , small surgery.Ada batu karang dalam his kidney.Moga-moga semuanya berjalan lancar. Amin...

Normally kalau cuti, banyak la rancangannya.

Started with breakfast at mamak.Kami makan sebelum hantar Ajiq ke sekolah agama.


Lepas hantar Ajiq, had a morning walk with Adik plak...


Balik, kemas rumah, sidai baju, masak...

Sebelum Ajiq pergi sekolah, dua budak kecik ni makan tengah hari.


Lepas AJiq dah pergi sekolah, siap-siap untuk keluar.First destination to the bank.Selesai urusan kat bank, baru je nak start kereta sorang kakak showed me, my car tyre was flat.Nasib baik hujung deretan bank ada sebuah kedai tayar.Kalau tak, jenuh jugak nak tukar tayar tu...


Sempat lagi camwhore while waiting.....

On the way back, singgah Mydin cari belon untuk temasya sukan esok.Nasib baik pekerja Mydin tu bagi tau, kalau nak beli satu colour with big quantity, boleh pergi beli kat kedai bunga.Thanks!

Had tea time at McD.Lepas Adik dah puas main kat playground McD tu, on the way balik singgah spa untuk buat facial.Dah lama tak buat facial.Sajer nak relaxkan diri...


Sekali-sekala cuti macam ni, dapat relax dan lupakan sementara hal di office.Seronok dapat spend time with them.

Tahun depan I dapat extra cuti coz dah lebih 10 years with the company.So, bolehlah cuti macam ni lagi....

Sunday, October 7, 2012

Scoot..scoot...and the gym

Olla...

Dah lama tak bawak Abang dan Adik main scooter.So, we decided to bring them to the club today.Dapatlah main scooter puas-puas kat halaman club house.


Berehat sebentar...penat dah.

Then , masuk gym plak.Sambung exercises.


Had light early dinner at the club house.Semua dah penat.....


Adik run on the threadmil for 2 minutes, pastu tak nak dah....


Abang dah nak exam next week.Kena paksa malam-malam buat revision.



Walaupun penat, but we had a good time together....

Wednesday, October 3, 2012

Sahabat

Ramai yang boleh jadi kawan, tapi sebenarnya mencari sahabat bukanlah mudah.Dalam pada masa yang sama, kita juga harus menjadi sahabat yang baik.

Imam Al-Ghazali  ada menyebut, ciri-ciri sahabat yang baik:-

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:''Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, da akan membalas balik persahabatan kamu.
  5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannnya.
  9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  10. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Dalam mencari sahabat, kita juga harus berusaha untuk menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita.
Sudahkah kita mencapai satu daripada ciri di atas?

Wordless Wednesday


One of motivation to go to work is dressing up.So today I wear brown checkers Thai Silk combine with brown sandal and Coach Madison Sathel.
Thai Silk ni beli masa holiday kat Hatyai last year.Paling suka Thai Silk, walaupun sometime materialnya macam kejung je kat badan.

Keep on!

Monday, October 1, 2012

SO LOOOONNNGGG...

Olla peeps,

So long I didn't update.Starting from raya, life is so busy. Raya balik Taiping, then headed to Kemaman to catch up my sister's wedding. Next weekendnya ,balik Kemaman lagi for kenduri belah lelaki plak.Sejak tu, every weekend ada kenduri kahwin dan open house. Sempat la ke wedding di Rawang, Tangkak, Seremban, open house kat KL, Putrajaya etc.

Off to Tawau for 3 days. Seronok tak hingat. Yerlah, dengan kawan2 sekepala....

Then, hubby pulak outstation ke South Korea for one week .Left me behind with kids.Nasib my mum and dad datang tunggu.Since my sister's punya graduation just around the corner, dia orang tinggal lama sikit.Seronok la bebudak tu, Wan dan Ki ada di rumah.

Maybe coz terlalu penat, dah two weeks down with fever, cough and flu.Dalam sakit pun masih gagah outstation.Day trip to Gopeng plak.Balik pergi klinik lagi....

Today, new life started. Mama dan Ayah dan balik semalam.This month ada 2 kali outstation lagi before Raya Haji. Taiwan and Kota Bharu....can't wait.

Tapi, harapnya bdan fit la, kalau tak....demam lagi.

Till meet again, got to go....

Friday, August 10, 2012

Iftar di D' Manggis Cafe

Salam,

Seperti tahun-tahun sebelum, iftar di D' Manggis Cafe adalah wajib. Since dekat dan makanan pun best, mesti lah kena pergi9. Tahun ni D' Manggis offer Steamboat for Iftar. Last year boleh pilih, nak makan buffet or steamboat.But this time steamboat jer, maybe terlalu banyak permintaan.

Let's see apa yang kami makan...


Kuih muih yang manis...lompang tu sedap.Koleh kacang pun ok.Kuih-kuih ni kegemaran Ajiq dan Adik.Pengasuh they all juga buat kuih jualan.Tak susah lah nak perkenalkan kuih melayu kat dia orang sebab  Kak Leha memang buat kuih everyday untuk jualan....



Bahan untuk stemaboat. Ni first round, masuk second and third tak sempat ambik gambar dah....

Ada nasi ayam juga.

So far tak pernah kecewa dengan D' Manggis. Highly recommended kalau nak makan stemboat yang best tapi tak mahal sangat....ambience pun ok, selesa.

Kami yang happy...

Abang

Adik
Mama

Opppss..gambar papa tertinggal coz tengah sibuk masak steamboat....