Monday, November 19, 2012

Hijrahkan hatimu.....

Salam,

Hari ni sambil memandu pulang dengar IKIM.fm. Ini kali pertama dapat dengar Ustaz Pahrol berbicara di IKIM. Selalunya mesti terlepas atau terlupa. Alhamdulillah hari ni dapat dengar dan hayati ceramah beliau bertajuk Hijrah Hati.

"Hijrah adalah proses yang berterusan.Bukan hanya tunggu bulan Muharam, baru boleh berhijrah.Hijrah perlu dengan hati,baru ada rasa dan kesan.Bukan setakat perubahan fizikal, tapi perlu dengan perbuatan.Kerana bimbang jika hanya dengan fizikal dan penampilan, tanpa diikuti dengan perbuatan dan amalan, bimbang hijrah tersebut tidak bertahan lama.Atau jika berhijrah kerana ada ganjaran atau hukuman, bimbang kita tidak ikhlas dalam berhijrah.Kita perlu menanamkan hasrat berhijrah sepanjang masa.Berubah dari perangai yang buruk kepada baik,dari solat biasa-biasa kepada lebih penghayatan. Semoga dengan azam yang kita tanam , Allah akan memberi petunjuk ke jalan yang diredhaiNYA.

Dalam kehidupan,kita perlu mencari penunjuk jalan dan pembimbing.Dan kata Ustaz Pahrol lagi, alangkah baiknya jika pembimbing kita adalah ahli keluarga kita sendiri.Pembimbing tu maksudnya yang senantiasa mengingatkan kita akan jalan yang patut kita lalui. Carilah pembimbing dikalangan rakan,kawan dan sahabat dan pada masa yang sama, kita juga menjadi pembimbing buat mereka".

Insya allah, sama-samalah kita cuba,ye?



No comments:

Post a Comment