Thursday, November 29, 2012

Fresh from the oven.....

Salam,

Hari ni dah Khamis,esok Jumaat.Then weekend comes again.Kadang-kadang, terasa begitu cepat masa berlalu.Cerita weekend lepas belum sempat update, dah nak masuk weekend baru.Kat office,kerja banyak.Macam-macam hal nak kena handle.Balik dah penat...tak sempat nak update blog.


Bake butter cake yang sangat moist dan sedap ni.My friend datang dinner kat rumah, seronok makan sama-sama sambil berborak.Jamu kek ni fresh from the oven.
Anak-anak dah berkubang main kat bilik atas.


Then, I bake pula Nutella Muffin untuk bawa bekalan ke picnic hari Ahad.


Picnic di Sg. Kroh, FRIM lepas cycling.Seronok dapat menikmati keindahan alam semulajadi.Nyaman suasananya...


Anak-anak bermain air yang sejuk dan jernih. Kelihatan anak-anak ikan berenang-berenang, sungguh mendamaikan.

Weekend ni pulak nak balik kampung.Husband's cousin getting married.

Anak-anak dah tak sabar menunggu hari untuk percutian kami.Maknya pun sama.


Tiket, duit  dan pasport dah sedia.We are ready to go....





Love going stronger everyday...

Olla peeps...

Setiap kali solat aku akan titipkan doa," Ya Allah , Kau kuatkanlah kasih sayang antara kami dan kekalkanlah sehingga ke akhir hayat kami...,"

Dalam membina keluarga kita perlu sentiasa berusaha untuk mengukuhkan kasih sayang antara suami isteri.Usaha perlu diiringi dengan doa. Sebagai isteri juga kita perlu memainkan peranan.Ingat lagi sorang Ustazah dari rancangan Ustazah Pilihan pernah datang ke office dan menyampaikan ceramah mengenai kekeluargaan.Katanya suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing dan sentiasa berusaha dan berdoa untuk mempertahankan perkahwinan. Jangan sesekali mendekatkan kepada penceraian, walaupun ianya halal tetapi ianya paling dibenci oleh Allah.

Bertolak ansur, saling maaf memaafi, buangkan ego...antara perkara yang perlu dalam perkahwinan.Cinta yang terbina perlu sentiasa dipupuk dan dibajai...Macam-macam cara nak memupuk cinta.Bukan anak saja yang perlu diberi perhatian, suami juga perlu belaian isteri.Pandai-pandailah imbangkan...

We've been treasure our love since 1997.5 years as couple and 10 years of marriage.Alhamdulillah. Bukan tak ada badai, tapi masing-masing sayangkan perhubungan ini dan cuba sedaya upaya mempertahankannya. Impian aku, moga-moga dapat mengharungi hidup bersama hingga ke akhir hayat. Masa tua nanti, sama-sama habiskan masa bersama.I really adore those sweet loving old couple.Amin...


Ni masa my graduation.Actually hubby dah grad earlier.But we decided to take picture together masa my graduation. 3 years he has to wait for this memorable moments...


Ni masa our wedding day


Us now.Love is going strong everyday....


Tuesday, November 20, 2012

Durian Treat

Tiap kali kereta melepasi stall menjual durian Adik pasti jerit "Duyan, Adik nak duyan.Adik suka duyan,". So, untuk tidak menghampakan adik, lepas dinner we went out to buy durian.Bought two durian kampung for RM 20.


Sedang memilih durian, abaikan tiang ditengah2 tu. I snap from the car.Mem tunggu dalam keter jer...


Durian kampung, manis dan lemak.


Budak yang nak makan durian sangat."Manislah durian ni, Mama,"


Hantu durian jugak ni....

Simpan empat ulas dalam bekas, masuk dalam peti ais.Esok boleh masak pulut durian pulak....

Monday, November 19, 2012

Hijrahkan hatimu.....

Salam,

Hari ni sambil memandu pulang dengar IKIM.fm. Ini kali pertama dapat dengar Ustaz Pahrol berbicara di IKIM. Selalunya mesti terlepas atau terlupa. Alhamdulillah hari ni dapat dengar dan hayati ceramah beliau bertajuk Hijrah Hati.

"Hijrah adalah proses yang berterusan.Bukan hanya tunggu bulan Muharam, baru boleh berhijrah.Hijrah perlu dengan hati,baru ada rasa dan kesan.Bukan setakat perubahan fizikal, tapi perlu dengan perbuatan.Kerana bimbang jika hanya dengan fizikal dan penampilan, tanpa diikuti dengan perbuatan dan amalan, bimbang hijrah tersebut tidak bertahan lama.Atau jika berhijrah kerana ada ganjaran atau hukuman, bimbang kita tidak ikhlas dalam berhijrah.Kita perlu menanamkan hasrat berhijrah sepanjang masa.Berubah dari perangai yang buruk kepada baik,dari solat biasa-biasa kepada lebih penghayatan. Semoga dengan azam yang kita tanam , Allah akan memberi petunjuk ke jalan yang diredhaiNYA.

Dalam kehidupan,kita perlu mencari penunjuk jalan dan pembimbing.Dan kata Ustaz Pahrol lagi, alangkah baiknya jika pembimbing kita adalah ahli keluarga kita sendiri.Pembimbing tu maksudnya yang senantiasa mengingatkan kita akan jalan yang patut kita lalui. Carilah pembimbing dikalangan rakan,kawan dan sahabat dan pada masa yang sama, kita juga menjadi pembimbing buat mereka".

Insya allah, sama-samalah kita cuba,ye?



Sunday, November 18, 2012

Good purchase always makes you happy, yeah?

Salam everybody,

Weekend are back. Masa yang paling dinanti.Setelah bertungkus lumus di office, weekendlah masanya nak hilangkan segala stress.Masa untuk dihabiskan bersama family.

Our weekend started with work out  at the gym on Saturday morning. 30 minutes on the treadmill, burn 173 calories.Masih pelu ditingkatkan and maintain the momentum.Kalau dah berhenti nanti, susah nak start balik.

Then, kami pergi jenguk progress our new shelter.Hubby je yang masuk ke construction site to take some photo of the progress. Semoga dipermudahkan Allah segala urusannya.Insya allah awal 2015 bolehlah masuk rumah baru.

Balik start cooking for lunch while hubby pergi tolong pasang khemah untuk majlis berkhatan beramai-ramai on Sunday.Petang tu seekor lembu ditumbangkan untuk kenduri berkhatan. I pun pergi jugaklah tolong potong bawang dan kentang untuk persiapan kenduri. Kalau ada lembu utnuk kenduri, maknanya adalah juga sup tulang dan gear box. Malam tu kami kenduri sup tulang, rendang hati, ikan goreng, ulam dan sambal belacan. Cukup selera dititambah pula dengan gosip bersama jiran tetangga. Sesekali bertemu, banyaklah ceritanya.



Majlis berkhatan starts as early 8 am dengan majlis bersiram.Dua buah kereta bomba datang untuk menyembur air pada para peserta.Seronok bukan main, dapat main air sebelum dikhatankan. Lepas mandi, mereka diarak pula dengan paluan kompang. Huiih...macam pengantin dah lagaknya.Siap disambut dengan pencak silat lagi.Lepas makan beradap, majlis berkhatan dimulakan. Macam-macam ragam dapat dilihat, ada yang menangis, meraung semuanya pasti akan menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan.



Balik rumah dah tengah hari. Take a nap for a while  to recharge my energy.Lepas solat zohor ,we headed to The Curve.Sampai je di The Curve terus ke jualan Hush Puppies at the Centre Court. Today is the last day.Bought two comfy sandal with the very good price.


Bought this white leather sandal RM 40.Can you believe it?


And this one at RM 78.Sungguh berbunga hati ini.What a good price for such a comfy sandal.Good purchase always makes you happy kan?


Alah membeli menang memakai.Alang beli, dua terus....hehehhe.Itulah untungnya kalau beli masa sale.Biarlah dah out dated pun, asal selesa.

Bought also 2 pairs of socks for my hubby.

Then went for early dinner at Marche. Kenyang sampai tersandar.Adik eats a lot, coz dia tak makan langsung masa kenduri tadi.


Mmmm...tomorrow routine starts again.Dah seronok cuti, rasa malas jer nak ke office esok. Anyway, good nite. Time to sleep sambil berangan ...baju apa aku nak pakai esok ,ye?



Tuesday, November 13, 2012

Treasure your life with love and happpiness

Salam,

Lately I didn't update often. So busy, last week most everyday kena bagi talk.I took this as part of amal jariah.Giving talk about how to save energy and use energy efficiently,give me a chance to educate people about how important it is. Moga-moga ilmu yang diajar ini akan diamalkan, Insya Allah.

Last weekend, attended Hari Anugerah Cemerlang.Alhamdulillah, tahun ini Ajiq masih kekalkan prestasi for both sekolah kebangsaan and sekolah agama.Keep up the good work, I love you so much.

Ajiq with his both medal.Congrats boy
Alhamdulillah.Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk.Kesihatan, kejayaan anak-anak, kawan yang baik yang sentiasa mendoakan kita dan banyak lagi yang mungkin tak dapat kita senaraikan.Jangan berburuk sangka dengan Allah atas ujian yang menimpa kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.Ada sebab kenapa permintaan kita itu masih belum ditunaikan. Ada hikmah disebalik segala kejadian yang telah Allah tentukan. Hanya akal kita yang pendek ini tidak dapat mengambarkan hikmah Allah yang Maha besar buat hambaNYA ini.

Alhamdulillah, masih diberikan nikmat oleh Allah untuk menghirup udara di pagi ini.Pagi yang cerah dimanfaatkan sebaiknya. Cuci baju kerja, sidai sementara mentari menyinar terik.Hari ni hubby buat operasi cuci dan kemas bilik Ajiq dan Adik. Tiba masannya buang segala barang yang tak diperlukan lagi.Spring cleaning baju kerja yang dah lama. Masih elok, cuma sudah tak dipakai lagi. Masuk beg,nanti hantar ke rumah anak yatim.

Bake hubby's favourite muffin today. Orange poppy seed muffin. Ajiq dan Adik pun suka.


Fluffy muffin in the oven.Harum semerbak baunya ke seluruh rumah.


Walaupun, rupanya tak berapa cantik, tak macam di kedai but I bake with full of love.

My little girl demam.Hari ni dah beransur baik.Lepas baik baru boleh pergi swimming, her favourite activity. Tahun depan, Adik dah 4 tahun.Thinking of sending her to Smart Reader. Let her socialize and start learning. Now, Adik dah kenal huruf dan nombor. She managed to count 1-20 now.


Quite a high temperature, cepat-cepat letak ice pack atas dahi dan perut. To cool down. Lepas makan ubat dah kurang demamnya.


Cheeky face, get well soon my dear.

Happy Diwali to those who celebrate. I got few Indian friends too and it's nice to share different culture with them. My father loves Indian food especially pooree and idli.Ada satu kedai mamak area my house served nice pooree. Nanti Ayah datang, bolehlah breakfast pooree kat sini.


Pooree ni macam lempeng goreng.Masa masih panas, kembang macam belon.Nice to eat with dhal  and sambal.

Public holiday macam ni macam-macam kerja oleh buat.Manage to iron my clothes, basuh bilik air, kemas rumah etc. Looking forward for next public holiday this Thursday. Hubby will be working on that day. So, thinking of going to tailor and bawak kids jalan-jalan.

Macam-macam cara nak hiburkan hati. Don't let stress in the office spoil your life. Be healthy and happy, coz if you do your family will be healthy and happy too!

This is how I treasure my life, with love and happiness.

Monday, November 5, 2012

Vacation to Kota Bharu

I was instructed to work at Kota Bharu.Heard that, husband asked to book a hotel and plan for the trip.Since I'll be working on Sunday,( Sunday is working day for Kelantan) hubby took one day leave.Then I make a reservation at Grand Riverview hotel.

We started our journey early Saturday morning, heading to Tapah.This time we took Tapah-Cameron Highland-Lojing-Gua Musang-Kota Bharu route.First stop is at R&R Tapah , had our breakfast there.After brekfast, we started our journey to Cameron Highland. I always love Cameron Highland for vacation. Very nice place with nice weather.


Stop at KHM Strawberry Farm.I always love their scones and jam.

Tak sah kalau pergi Cameron without buying their fresh veges.Tak sabar nak masak sup with the celeries.


Then we stop at Bharat Tea.Ada 2 ekor turkey kat ladang teh.First time Ajiq dan Adik tengok turkey.


Then perjalanan diteruskan. sampai Gua Musang jam 3.Berhenti lunch kat gerai " Nasi Ulam Budu".a trade mark for Kelantanese.Lepas makan, sambung lagi perjalanan. At last sampai di hotel jam 6.30 petang.

Lepas mandi,sembahyang dan rehat, kami keluar makan.Kali ni ke D'Syaz Cafe.Menu istimewa di sini Maggi Ketam.But we opted for nasi coz Ajiq and Adik cannot eat Maggi.Order Ketam Black Pepper, Tom Yam Seafood and Telur Bungkus. Sedap dan harga berpatutan.D"Syaz Cafe located along the way ke PCB.Tepi jalan betul.Tak susah nak cari.

Lepas makan, balik hotel nak siapkan presentation.Memang puas hati makan kat sini.Highly recommended.

Sunday, while I'm working hubby took children to swimming pool.Puaslah mereka mandi manda.

Lepas kerja, shopping time.


Bought 10 pieces kain bawal akbar.Hantar jahit tepi, tada....dah siap my tudung.Kalau nak bling bling nanti boleh hantar untuk lekat kristal swavroski.


Hubby bought me this cotton for me. This time, tak beli batik coz I still have batik yang belum dijahit. Thanks honey.Tak sabar nak pergi hantar ke tailor.

Lepas shopping di Bazar Buluh Kubu,we went to KB Mall.Biggest mall in KB.Tak beli apa2 pun coz semua kedai kat sana ada di KL.Then, lepas maghrib ke Wakaf Che Yeh. Orang kata kalau ke Kelantan tak beli mattress Narita @ TOTO tak sah. My sis dah kirim awal2 lagi.Bought also for us. Untuk kids.Cantik pulak gambarnya...sesampai di rumah cepat-cepat adik angkat bawak masuk bilik suruh bentang untuk dia orang tidur malam ni.

We started our journey back as early as 9 am pagi tadi. 8 malam sampai kat rumah.Kali ni lalu Grik pulak.Dapatla berhenti makan tengah hari di Restoran Tasek Raban  yang glamer tu. Then singgah di R&R Tapah untuk solat. Ajiq asked for Baskin Robbins .Bought Mini Waffle @RM9.90 each. Now kan tengah campaign....don't forget to vote for your favourite flavour at BR FB fanpage.




Matress dah siap bentang. Time to  say good night, after very long journey. Walaupun penat, but so happy coz dapat habiskan masa sama-sama dengan beloved family.


Good nite everybody!