Thursday, January 26, 2012

Sakit tekak dan rezeki di pagi hari

Olla,

Semalam tekak dah rasa sakit-sakit , hidung dah berair.Simptom-simptom flu and fever dah datang.Tak boleh jadi ni.Perlu ambil tindakan segera.Tahun ni berazam tak nak sakit-sakit lagi, nanti boleh jejaskan performance.Hubby pun dah pesan, makan ubat cepat-cepat.Jangan sampai kena ambik MC.

Lepas dinner terus telan ubat.Malam tadi masak Ayam masak kicap,sup sayur dan rebus telur masin.Lapar, tapi takde selera.Makan pun tak ada rasa.

Me memang sensitif. Kalau ada habuk dan cuaca macam sekarang, cepat je nak kena selsema.Kalau dah selsema dan batuk, boleh dapat asma.So, kalau boleh elak dan cegah lagi baik.I don't want to be admitted again due to prolong asthma macam last year.Huiih...penat.


Sup sayur. Lauk ni kalau ada anak kecil sangat membantu. Tak perlu masak lauk lain untuk Adik.She ate the veges a lot.Lagi pun masaknya senang.


Telur masin ni my mom kasi.Home made.My mum lagi suka yang home made.Lagi sedap


Ayam masak kicap

Daun-daun yang dimasak bersama tempoyak. Apa ke namanya ek?Entah, ini kawan bagi.Best jugak


Limau bali beli kat R&R Bukit Gantang on the way balik dari kampung.Sepatutnya hantar sebiji ke rumah babysitter di Rawang. Lupa plak pagi tadi nak bagi kat hubby.


Sebab tak nak bagi sakit tekak ni makin kronik, bawakla madu dan lemon ke office.Pasni buat lemonade plak.Madu ni boleh membantu jugak kurangkan asthma.


Hubby keluar malam tadi beli barang, dia belikan air badak ni.Kurangkan panas badan.I pun tak tahu apa isi kandungan air ni yang so special.But, memang berkesan untuk sejukkan badan.Lagi satu cara untuk sejukkan badan ialah dengan minum air rendaman buah kembang semangkuk yang dicampur dengan gula batu. Kat area rumah, takde kedai ubat tradisional,jadi beli je la air badak ni.Bukan macam masa duduk di Rwang dulu, area KTM Rawang tu ada satu keda Sinseh, jual macam-macam ubat tradisi.Masa bersalinkan Hannah dulu, dia jaundice.Hubby beli ubat kat kedai sinseh tu, untuk madikan Hannah. Kejap je kuning tu berkurang.


Sampai-sampai je kat ofis pagi tadi, ada rezeki atas meja.Ole-ole dari my staf, Kak Site yang baru dari kampung di Johor.Terima kasih, moga murah rezeki Kak Site sekeluarga.Teringat dulu masa belajar di Johor, setiap kali nak balik kampung mesti bawa balik segala jenis kerepek dan makanan yang dijual di Stesen Bas Larkin.Stesen tu masih seperti dulu ke?

Harapnya sakit tekak ni cepat la sembuh, hidung pun berhenti berair.Esok dah nak kena keluar pagi-pagi ke Angkasapuri.Petang ni ada meeting kat Mid Valley pulak.Malam ni kena rehat secukupnya!.

Wednesday, January 25, 2012

Visit to Zoo Taiping

Isnin, bawa Ajiq, Adik dan Cu jalan-jalan ke Zoo Taiping pulak.Awal pagi dah keluar, sebab kalau lewat nanti ramai orang dan panas.

Entrance fee, RM 12 for adult and RM8 for kids 3-12 years. Adik free, coz masih kecil.

Sampai di Zoo, terus naik tram untuk pusing sekitar.Pekerja zoo sedang feeding all the animals.Seronok tengok haiwan tu makan, macam-macam ragam.


Ini area Savannah Africa.

Tengok Orang Utan. Tapi Orang Utan ni tak aktif.Duduk je.Agaknya sebab obes kot, tu yang malas nak bergerak.


Orang Utan yang kat atas dahan tu asyik makan je.Tak de respon pun pada pengunjung yang datang.Agakya dah biasa...


Learning about crocodiles.


Ada banyak pondok untuk rehat, kalau penat berjalan.


These lion cubs sangat comel.Ajiq tanya "macam jinak kan?boleh tak kita bela dia?"


Berhenti rehat.


Beruang Matahari.Gebu kan?Rasa macam nak peluk je....


Before exit, Adik ambil gambar dengan Parrot.Adik dah keletihan.

Zoo is a good place to visit, especially for the kids.Time for them to learn and look for themselves all the animals.Boleh juga tahu tentang habitat,diet dan sifat haiwan yang ada di zoo tu.After this, kita pergi Zoo Negara pulak ya ,Adik.

Tuesday, January 24, 2012

Balik Kampung

Cuti panjang ramai orang ambil peluang untuk balik kampung or pergi holiday.As for us, we went back to hubby's village in Taiping.Started journey early Saturday morning.Jalan sangat jammed as we went into the highway.

Sampai dah tengah hari.Lepas makan tengah hari, rehat kejap then we went out to Taiping Sentral to celebrate Ajiq's birthday kat Starbucks.Manager Starbucks tu kawan my hubby.Memang kalau balik kampung akan pergi jumpa dia kat situ.Time for hubby to mengenang zaman sekolah dengan kawan dia.


Kek one slice aje.Nanti ye, Ajiq mama bake carrot cake for you this weekend.


Ajiq dah 8 tahun.ah besar anak mama.Happy Birthday, Boy

Then we had dinner kat Mee Udang Mak Jah kat Kuala Sepetang.Best!


The signature dish.Mee Udang Special.Udang besar-besar.Puas hati.

Mee Goreng Udang.Ajiq punya. Best jugak.


Udang Goreng Tepung


Udang Sambal.Hubby punya.Pun best.

Kenyang gila makan.Lain kali boleh datang lagi.Kat sepanjang jalan ke Kuala Sepetang ni, memang banyak gerai jual Mee Udang.Lain kali boleh cuba gerai lain pulak.

Ahad, kami peri jalan-jalan ke Sanctuari Resort kat Kuala Gula.Melihat fauna yang tinggal di habitat hutan paya bakau.Learning session for Ajiq and Cu.


Tengok Mudhopper@Ikan Belacak.Ketam pun ada jugak.


Ni lah mudhopper tu.


Sekali-sekala melawat tempat macam ni pun bagus.Bagi exposure to the kids.


Cu first time ikutb alik kampung.Next time boleh ikut lagi.Banyak lagi tempat boleh lawat.

Tengah hari went for majlis bertunang cousin hubby plak.

 Tahniah Zulfa.


Mama and adik wearing same print cotton.Papa bought from Jakarta.


My sis ni memang gila-gila sikit...


Cu dan Ajiq di kampung.Cantik kan view ni.Ada sawah,tali air....


Visiting hubby's aunt yang baru  gave birth to a baby boy, after 17 years.A worth waiting, this boy is so adorable.

Kat tepi laut.


With beca roda tiga kepunyaan nelayan kat situ.Pakcik, kami tumpang posing....


Kampung yang tenang dan mendamaikan.

Got to go.Mata dah ngantuk.Esok update lagi on visit to Zoo Taiping plak....

Thursday, January 19, 2012

No mood day.....

Hari ni tak de mood, sebab period pain.Dah lama tak rasa macam ni.Masa belum kahwin dulu, selalu la kena.Mostly setiap bulan.Sampai pernah ponteng kelas sebab tak tahan.Bila period pain ni mulalah tak ada mood nak buat kerja, walhal kerja banyak .Esok ada meeting dengan management.Paper tak siap lagi ni....

Jadi, mari kita berangan....

Wednesday, January 18, 2012

LOULPop Studio

Olla peeps,

 Last Sunday is my hubby's birthday.On the way nak pergi ke One Mont Kiara to celebrate, singgah kat Zenith Corporate Park, Kelana Jaya. My cousin open studio and art gallery there.

My cousin and her hubby runs this studio.So sapa-sapa nak hire wedding photog bolehlah jenguk kat studio dia orang.



Look, who's also coming!

Headed to One Mont Kiara to celebrate hubby's birthday. My sis dah tempah siap-siap.Sampai terus pergi ke Secret Recipe.


The new Ajiq.

Gambar birthday Papa will be added soon.Or maybe will update in Papa's blog.



Friday, January 13, 2012

Improve your eyesight

Last week, balik sekolah Ajiq complaint he cannot see what's teacher wrote on the black board.Dalam kelas, Ajiq duduk barisan ketiga, cannot sit in front coz ramai lagi budak yang lebih rendah from him.

So, we took him to the optometrist to have a check.The opto found that memang Ajiq dah rabun with a quite high power for a kids. Terus kena buat spec kalau tak nak power lagi naik.

  
Opto tengah check power mata Ajiq.Nowadays ramai kids yang kena pakai spec according to the opto, due to play computer games and watching tv.Compare dengan budak zaman kita dulu, mana ada sangat main computer games ni.Petang je dah hilang pergi main kat kat padang.Ye lah zaman dah berubah, our life style pun berubah.Cuma boleh buat corrective measures jer lah....


Ajiq was considered as rabun jauh.So, untuk elakkan power naik and bola mata tak fokus pada kedudukan yang betul, buat kerja sekolah, main games dan membaca tak perlu pakai spec.Sebab untuk tengok dekat, mata Ajiq masih ok.

After this mama have to cook more veges for Ajiq and don't forget the fruits also



Mmmm....untuk mata cantik?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Minum je pati berry ni.

Khasiat 7 Berries inside it, bukan sahaja will give us eye shine tapi juga will help to reduce tiredness of the eyes.Nowadays semua kerja kena menghadap komputer.

But, for me , I beleive the natural way.Eats more fruits.It's fresh and yummy!

Thursday, January 12, 2012

Andai itu takdirnya

Olla peeps...

Minggu ni busy sangat kat office.4 days workshop for online system development.Pack sangat. Petang bergegas balik.Macam biasa masak,kemas rumah,sediakan beg taska Ajiq,laundry....penat sungguh.

Siang hari dah exhausted kat office tambah ngan kerja rumah lagi...tidur malam lena terus. Sedar-sedar dah 5.45 pagi.And new day started....

Macam tu lah hari-hari.I beleive semua ibu pun macam tu.Tapi bersyukur sebab dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Tadi baca kat blog Kak Zu, tentang seorang wanita yang tidak dapat memaafkan suaminya lantaran kesilapan yang tak mungkin dapat dilupakan. Terharu dengan kisah beliau.Yerlah, despite with all sacrifices yang telah diberikan, masa, wang ringgit ,perasaan....masih juga sang suami sanggup melukakan hati isterinya.

Of course lah , dah lama isteri dah tak macam dulu lagi.Dah beranak 2,3 mestilah dah off shape.Itulah, kenapa permepuan jer yang dipersalahkan?Tak pandai jaga suami la, tak jaga makan minum suami,tak pandai jaga badan, tak faham kehendak suami dan macam-macam lagilah....apa yang lelaki perlu lakukan pula?
Kalau begitu, oh...stressnya menjadi wanita....

Tapi sebagai wanita, jadikan semua itu sebagai motivasi.Kita jaga badan, untuk kesihatan kita juga.Jaga kecantikan muka dan badan, untuk kepuasan diri kita juga kan?Yang penting, kita happy buat semua tu.The benefits will come later with the result.

Masak itu penting.Walaupun hanya telur goreng.Itukan air tangan. Ingat pesan nenek masa baru kahwin dulu...ikat suami kita dengan masakan.Insya allah , mana-mana dia pergi..pasti dia tak sabar nak balik untuk makan masakan kita.Anak-anak pun begitu juga.Tanyalah pada anak-anak...masakan siapa paling sedap...pasti jawapannya ...IBU!

Tapi...anadi itu takdirnya, berserahlah kepada Yang Maha Esa.Dengan Dia sahaja kita dapat mengadu segalanya......

Last Teusday ke Pasar Tani area office ni.Beli bahan untuk masak sup ayam Adik nak makan sup ayam.Alih-alih, Adik tidur from rumah baby sitter lagi. Mesti tak tidur petang.Lena sampai ke pagi.


Sup Ayam berkhasiat.Penuh dengan sayuran.


Beli keropok lekor dan apam balik kat Pasar Tani tadi.Keropok lekor ni hampir setiap minggu beli.Memang tak boleh lekang la dengan keropok lekor ni.Tapi kalau kat Kemaman lagi best.Keropoknya penuh ikan.Bila goreng dah sejuk, tak keras.Kat sini banyak tepung, dah goreng bila sejuk, boleh balik ke dinding.Liat!

Dua cawan nescafe buat mama dan papa.Supper sambil nonton tv.Anak-anak dah tidur kat atas.Masa ni la nak bermesra, cerita-cerita tentang hal di ofis. Siapa lagi nak jadi pendengar setia...mestilah partner masing-masing kan?


 Ini apam balik biasa.Ada juga extra jagung atau jagung coklat.I lebih suka yang biasa.Baru ori!


Oven dan siap dipasang.Bolehlah masak kek selalu....

Moga-moga apa yang selalu baca kat blog kawan-kawan tu, bolehlah dijadikan pedoman.Mana yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Masing -masing menghiburkan hati dengan cara masing-masing.Pokok pangkalnya hati mesti ikhlas!

Friday, January 6, 2012

Of a french pot and beef stew


I'm so in love with this french pot.Ini gara-gara filem Julie and Julia lah.But, no doubt, pot ni memang bagus.Your beef will be cooked evenly coz it made from cast iron.Boleh tahan berat la.I want to make beef stew with this pot.



Routine starts again.....

Olla peeps,

Sekolah dah starts balik.On the last day cuti sekolah, we went to Seremban.Hantar my sis kat KMS.Before ke KMS, singgah dulu di Jusco Seremban.



Sedang menikmati yogurt with toppings.


Singgah di Sweet Chills, new frozen yogurt shop.Taste better then Tutti Frutti.Bila je aku cakap nak ambik gambar untuk masukkan dalam blog, terus owner tu bagi kad dia.Actually Sweet Chills ni franchise baru from US.This week new outlet akan buka di Berjaya Times Square.Oh..according to her, kat U8 pun akan dibuka jugak.Mmm...dekat la sikit ngan rumah.




3 sekawan


 Adik with few actions....


Then we had dinner kat Man Tom Yam.Jalan ke Jelebu. Nice food and nice ambiance too.


Order samapi penuh meja.Ajiq suka ayam masak kicap.Cuma kurang pedas for me.Maybe since dia tengok ada budak,so dia kurangkan pedas.But for me plak, tak pedas, tak best la....


Routines starts again. Malam tadi bake Almond Butter Cake.Untuk Ajiq bawa bekal ke sekolah.Mmmmm...esok kena fikir nak bake apa plak....


Akhirnya siap juga my passport.Kat Immigration Office, ramai gila orang buat permohonan passport.Ye lah , dia orang semua (mostly chinese) nak pergi holiday during CNY ni.


February nanti I'm going for a meeting in Tokyo.Banyak juga persediaan nak kena buat.Since it still be winter at taht time, so I need new winter coat.Nak cari trench coat plak this time.Dah tengok-tengok kat OU, tak berkenan la plak.Weekend ni carik lagi.....