Thursday, January 12, 2012

Andai itu takdirnya

Olla peeps...

Minggu ni busy sangat kat office.4 days workshop for online system development.Pack sangat. Petang bergegas balik.Macam biasa masak,kemas rumah,sediakan beg taska Ajiq,laundry....penat sungguh.

Siang hari dah exhausted kat office tambah ngan kerja rumah lagi...tidur malam lena terus. Sedar-sedar dah 5.45 pagi.And new day started....

Macam tu lah hari-hari.I beleive semua ibu pun macam tu.Tapi bersyukur sebab dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Tadi baca kat blog Kak Zu, tentang seorang wanita yang tidak dapat memaafkan suaminya lantaran kesilapan yang tak mungkin dapat dilupakan. Terharu dengan kisah beliau.Yerlah, despite with all sacrifices yang telah diberikan, masa, wang ringgit ,perasaan....masih juga sang suami sanggup melukakan hati isterinya.

Of course lah , dah lama isteri dah tak macam dulu lagi.Dah beranak 2,3 mestilah dah off shape.Itulah, kenapa permepuan jer yang dipersalahkan?Tak pandai jaga suami la, tak jaga makan minum suami,tak pandai jaga badan, tak faham kehendak suami dan macam-macam lagilah....apa yang lelaki perlu lakukan pula?
Kalau begitu, oh...stressnya menjadi wanita....

Tapi sebagai wanita, jadikan semua itu sebagai motivasi.Kita jaga badan, untuk kesihatan kita juga.Jaga kecantikan muka dan badan, untuk kepuasan diri kita juga kan?Yang penting, kita happy buat semua tu.The benefits will come later with the result.

Masak itu penting.Walaupun hanya telur goreng.Itukan air tangan. Ingat pesan nenek masa baru kahwin dulu...ikat suami kita dengan masakan.Insya allah , mana-mana dia pergi..pasti dia tak sabar nak balik untuk makan masakan kita.Anak-anak pun begitu juga.Tanyalah pada anak-anak...masakan siapa paling sedap...pasti jawapannya ...IBU!

Tapi...anadi itu takdirnya, berserahlah kepada Yang Maha Esa.Dengan Dia sahaja kita dapat mengadu segalanya......

Last Teusday ke Pasar Tani area office ni.Beli bahan untuk masak sup ayam Adik nak makan sup ayam.Alih-alih, Adik tidur from rumah baby sitter lagi. Mesti tak tidur petang.Lena sampai ke pagi.


Sup Ayam berkhasiat.Penuh dengan sayuran.


Beli keropok lekor dan apam balik kat Pasar Tani tadi.Keropok lekor ni hampir setiap minggu beli.Memang tak boleh lekang la dengan keropok lekor ni.Tapi kalau kat Kemaman lagi best.Keropoknya penuh ikan.Bila goreng dah sejuk, tak keras.Kat sini banyak tepung, dah goreng bila sejuk, boleh balik ke dinding.Liat!

Dua cawan nescafe buat mama dan papa.Supper sambil nonton tv.Anak-anak dah tidur kat atas.Masa ni la nak bermesra, cerita-cerita tentang hal di ofis. Siapa lagi nak jadi pendengar setia...mestilah partner masing-masing kan?


 Ini apam balik biasa.Ada juga extra jagung atau jagung coklat.I lebih suka yang biasa.Baru ori!


Oven dan siap dipasang.Bolehlah masak kek selalu....

Moga-moga apa yang selalu baca kat blog kawan-kawan tu, bolehlah dijadikan pedoman.Mana yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Masing -masing menghiburkan hati dengan cara masing-masing.Pokok pangkalnya hati mesti ikhlas!

No comments:

Post a Comment