Hidup ini tak lari dari menghadapi dugaan. Allah menguji kita, maknanya kita masih lagi disayangiNya.Masih lagi dikalangan orang yang diuji untuk menabahkan keimanan.Bentuk ujian pelbagai rupa, bergantung kepada kemampuan.
Dalam menghadapi ujian dan sentiasa berduka, kita sering lupa masih ada yang lebih hebat dugaannya.Minggu lepas aku berkenalan dengan penjual nasi lemak di tepi jalan menghala ke pejabat.Rupanya dia adalah ibu tunggal.Anak 3, ditinggalkan suami 6 bulan yang lepas akibat serangan sakit jantung dan pada ketika itu dia baru sahaja habis pantang anak ke 3!Oh Tuhan, sungguh hebat dugaan itu. Tapi masih boleh tersenyum bercerita padaku sambil membungkus nasi lemak. Sungguh tabah dirimu, kak.Menjual nasi lemak bagi menampung kehidupan 4 beranak, kerna itu sahaja yang mampu dilakukan.
Oh apalah dugaan yang aku terima ini dibandingkan dengan dia.Aku sedar dan aku redha....
Kali ini aku diduga lagi.Belum rezeki untuk aku kata mereka.Terfikir, tiada nilaikah segala usaha dan sumbanganku selama ini?Dimana silap aku?
Tapi hari ini aku bertekad, walau apa pun yang mendatang, akan aku hadapi dengan cekal kerna aku yakin...Allah sedang merencanakan yang lebih baik buatku.Insya allah!
No comments:
Post a Comment