Last weekend, masa beli sarapan pagi di gerai berdekatan rumah, sempat mencuri dengar ceramah agama melalui radio yang dipasang peniaga gerai. Sambil tunggu kakak pemilik gerai membungkus nasi lemak dan nasi berlauk buat sarapn kami pagi tiu, tersengar Ustazah diradio bercerita tentang pengorbanan ibu yang bersusah payah balik dari pejabat, singgah di kedai membeli keperluan untuk masak.Balik ke rumah bergegas pula memasak hidangan makan malam, lepas masak cuci periuk, sambil tu mesin basuh berputar mencuci baju. Bila dah siap, sidai baju, angkat baju yang disidai pagi tadi, lipat, susun dan kemas.Lepas makan malam, cuci pinggan , kemai, lap meja, mop lantai....bila dah selsesai semuanya, jam menunjukkan hampir tengah malam.Masuk tidur, seawal 5 pagi dah bangun dan rutin berulang semula....
Namun, kata Usatzah lagi, jika dibandingkan dengan seorang ibu yang hanya membeli makanan di kedai pasti ibu yang bertungkus lumus tadi lebih berpuas hati kerana pasti suami dan anak-anak telah mendapat yang terbaik darinya. Kata Ustazah lagi, jika semuanya yang dilakukan itu dengan penuh ikhlas, ganjarannya pasti ada kerana Allah telah berjanji bahawa Syurga itu Benar!
Masya Allah, begitu besar balasan buat seorang ibu. Rasa hilang segala penat bila mendengar kan itu semua.Insya Allah akan cuba berusaha menjalankannya dengan sebaik mungkin. Sama-samalah kita ya....
Semalam, lepas kerja terus singgah di Pasar Tani dekat office, beli sedikit keperluan. Memang barang basah dah habis.Beli ikan merah, sedikit ulam dan sayur dan buah belimbing buluh.
Balik, teruslah masak.
Masak lemak ikan merah dengan belimbing buluh
Lepas makan, bake orange poppy seed muffin.Hari ni Ajiq ada aktivitim ko-kurikulum di sekolah.Bawa muffin untuk bekalan.
Pagi semalam ada appointment di TV3.Lepas appointment, terus sms Kak Zu.Alhamdulillah, dapat jumpa Kak Zu yang cantik manis.Terima kasih, Kak Zu sebab sudi jumpa saya.
Sempat jumpa Kamal Affandi , penganalisis jenayah yang terkenal tu masa appointment tadi.Sungguh kelakar orangnya, tak henti ketawa bersembang dengan dia.
Alhamdulillah, tambah lagi kawan.Moga perkenalan berkekalan, Amin....
Thanks singgah dan tunggu akak fieza:)masih chomel macam first jumpa;)Wahh nak ke Tokyo,seronok tu,akak been to Tokyo masa Tia Mia 6 bulan dalam perut;):) have fun there and ikan masak lomak belimbing buluh tu surely sodap:)
ReplyDelete