Sejak 2-3 hari lalu, Wan sudah tidak makan dan minum. Mata pun tak buka, asyik tidur jer. Then , uncle and aunty decided to bring her to hospital on Wednesday, 1st Jan. Smapai di hospital, tiada komplikasi dikesan, cuma Wan letih dan kurang air. Lepas drip, Wan ok. Lepas call Makni (my aunty) tgh malam tu, rasa lega sebab Wan bagi reaksi positif, dah ada tenaga dan dah buang air.
Namun, kita tak dapat menghalang takdir. jam 10 pagi lepas Doktor buat lawatan, Doktor bagi tahu Makni dan Su, tahap kesedaran Wan dah menurun dan Wan kini kritikal. Makni Dan Su mula bacakan Yasin dan ajar mengucap. Adik-adik Wan , Ayah Mat dan Che Mah sempat datang dan membacakan Yasin di bilik hospital. tepat jam 11 pagi, Wan menghembuskan nafas yang terakhir dalam keadaan yang begitu tenang sekali dengan semua anak-anak disisi.
Aku bergegas pulang selepas selesai urusan persekolahan Ajiq petang itu. Ajiq dan Hannah terpaksa kau pontengkan untuk 2 hari.Kami pecut ke Kemaman keran jenazah akan dikebumikan lepas Asar. Sebaik masuk waktu Asar, aku sampai di rumah Wan. Ketika itu, jenazah sedang dimandikan. Sempat aku memandi dan mengafankan Wan, baktiku yang terakhir buat Wan. Insan yang paling aku sayang selain Ayah dan Mama.
Aku memang cucu manja Wan. Ke mana Wan pergi aku pasti ikut. Tidur di rumah Wan, tolong Wan masak bila aku minta Wan masakkan makanan kegemaran aku , Lempeng Sambal!
Kini , tiada lagi Wan yang selalu nasihatkan aku masa kecik dulu, belajar rajin-rajin. Buatkan air Yasin bila aku nak periksa....Semuanya tinggal kenagan yang tak munkin aku lupakan. Nasihat dan tunjuk ajar Wan, akan aku ingat hingga akhir hayat aku.
Wan, bersemadilah dengan tenang.Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Wan dan temaptkan Wan bersama orang yang beriman.
Ya Allah, Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasishi aku semasa aku kecil dahulu dan Kau tempatkanlah mereka di SyurgaMU. Amin.
Alfatihah buat Hajah Wan Meriam binti Dato' Wan Ismail (23 Ogos 1927 - 2 Januari 2014)
No comments:
Post a Comment