Saturday, October 12, 2013

Cooked grilled chicken rice for lunch today.Alhamdulillah.My sister and her hubby came over to join lunch.

 Marinate the chicken with chopped garlic, olive oil, salt and black pepper for an hour and grilled

Soup and chilli

 The veges- salad, tomato and cucumber
Soy sauce
Spring onion and chinese parsley
 Chicken rice.I only used chicken stock to cook this. Easy peasy

Sirap selasih and watermelon

Bon Apetite

Garden updates

Hai, dah lama tak update. Hati masih rasa kehilangan. Tak dapat nak gambarkan.....

Being me, loving natural and beautiful things, so we decided to make over our garden.Remove all dead plants due to long abandoned.

So, last Saturday lepas kerja (sometimes I do work on Saturday) head up to Sungai Buloh . Kali ni pergi area Pusat Kusta Negara. Rambang mata melihatkan bunga-bunga yang sangat cantik.Bought Philippines grass and also some flowers.


Bunga ros putih


Bunga ros merah


Pokok limau nipis lebat berbunga.


Lime.Oh tak sabar nak petik, can make lime juice after this.


Pink rose ni dah lama tanam.Tak putus-putus mengeluarkan bunga


Pokok ni tak tahu nama apa. My mum gave it to me. Tak sabar nak tunggu dia berbunga. Mum said, bunga dia cantik, warna merah.


Hari ni , my roses dah blooming. The colour is so nice.

Red

White rose


Yesterday Today Tomorrow (YTT) pun berbunga lebat.Harum baunya


Pink roses blooming again



Garden after make over

Disini lah tempat I destress myself after work.Kalau sedia-sediah, pergi siram pokok, cakap-cakap dengan pokok, hilang rasa sedih. even my garden is small, but I'm happy. Insya allah, kalau ada rezeki bolehlah beli big banglo with garden.Nanti bolehlah tanam pokok banyak-banyak.Amin

Wednesday, October 9, 2013

Rindu yang sarat....


Tak boleh dengar lagu ni...Ayah, Fieza sayang dan rindu Ayah sangat-sangat....



Thursday, August 29, 2013

Syawal tanpa Ayah disisi....

Salam,

Begitu lama aku mengambil masa nak menulis post ini. Hati sayu dan mata masih bergenang bila mengingatkan pemergian Ayah pada 24 Ramadhan bersamaan Jumaat 2 Ogos yang lepas.Pemergian Ayah yang begitu mengejut akibat jatuh di ruang tamu pada 17 Ramadhan. Kemudian Ayah dibawa ke hospital HTAA Kuantan dan menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala.

Lepas pembedahan, Ayah ditidurkan selama 72 jam. Itu memang prosedur kata doktor sebab tak nak bagi tekanan pada kepala. Selama tempoh Ayah tidur di ICU, kami setia menunggu. Terutama Kak Ngah dan Mama. Aku terpaksa balik ke KL, sebab urusan kerja. Dalam hati dan solatku  sepanjang masa, aku sentiasa berdoa agar  Ayah sembuh seperti sedia kala. Yelah, Ayah sihat sebelum ini, dan ini cuma kemalangan kecil.Aku optimis Ayah akan bangun dari tidur dan sembuh macam biasa.

Sepanjang Ayah tidur, tiada komplikasi yang serius.Cuma darah Ayah cair sebab Ayah makan Aspirin, ubat pencair darah untuk mengelakkan risiko serangan jantung. Pada mulanya agak sukar mencari darah yang compatible sebab darah Ayah dari kumpulan A-. Namun, dengan kecekapan pihak hospital, mereka  dapat menghubungi penderma darah A- untuk turut mebantu. Ramai rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara yang turut datang untuk screening darah di Pusat Darah HTAA untuk membantu. Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi datang.....

Namun ajal maut sudah ditetapkan......

Jumaat, 2 Ogos seperti biasa aku akan telefon Mama untuk bertanyakan khabar Ayah. Jam 1.30 ptg, Mama bagi tahu Ayah dha buka mata masa nurse bersihkan Ayah....Aku sujud syukur dan sangat gembira. Tak sabar nak balik jumpa Ayah. Ye lah, raya pun dah tak lama.

Namun, kita tak dapat menghalang ketentuan Ilahi.......jam 7.30 malam, sejurus sebelum masuk waktu berbuka aku dapat panggilan dari Kak Ngah. Ayah tenat!Aku sungguh terkejut. Aku macam tak boleh nak berfikir. Tadi kan dah ok? Kenapa pulak? Tanpa berbuka, aku balik ke rumah, untuk kemas barang. Cuma tinggal husband dan Ajiq di kedai unutk berbuka.Aku jadi tak tentu arah, betul ke semua ni?

Tepat jam 8.20 malam, Ayah pergi meninggalkan kami. Mama ,Kak Ngah dan Abg Ngah setia disisi sehingga Ayah menghembuskan nafas yang terakhir.Alhamdulillah, Ayah pergi dengan tenang dan dalam Husnul Khotimah, Insya Allah.

Sungguh lain rasanya, kalau biasanya Ayah naik kereta bersama namun kali ini kereta kami dibelakang,mengikuti kereta jenazah .Inilah perjalanan terakhir Ayah, dari hospital menuju ke rumah. Ayah disemadikan pada pagi Sabtu. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar dan mudah.Ramai sahabat handai dan rakan taulan Ayah yang turut serta dalam urusan memandikan, kafan dan membawa ke kubur. Aku sungguh terharu melihatkan rakan-rakan Ayah turut bergenang air mata dan bersedih, sungguh kuat ikatan ukhuwah mereka!

Walaupun sudah hampir sebulan Ayah pergi, tapi seperti baru semalam ia berlaku.Aku masih merasakan Ayah masih ada. Kerinduan ini tidak dapat dibendung!Aku sungguh merasa kehilangan!Hilang tempat bergantung, tempat mengadu, bergurau senda....Tiada lagi orang yang selalu memberikan kata semangat buat aku, orang yang sentiasa mendoakan kejayaan aku, memberi nasihat dan tunjuk ajar....Kehilangan yang tiada golok gantinya...

Aku berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Ayah dan Ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Semoga Ayah tenang disana dan semoga kita akan berjumpa semula di Syurga.

Ayah , tunggu kami ya, Insya Allah, kami akan menyusul nanti......

Alfatihah buat Haji Yob bin Mohd Salleh
10 Februari 1948 - 2 Ogos 2013

Wednesday, July 24, 2013

Iftar at the club house

Olla peeps,

Semalam kami berbuka puasa kat luar.Saje ubah selera. Dah penat masak, kita gi buffet plak.
This year hubby chose to have it just at our club house.Not bad , the food choces are variety and more private coz tak ramai orang.


Appertizer, kurma dan kuih
 

Tandoori chicken and naan and char kue teow
 
 Sup tulang

Lepas gi solat, makan nasi plak. Tak sempat nak ambil gambar.Ada lauk tenggiri tauchu, masak lemak jantung pisang, udang sambal petai, ikan bakar, sotong masak merah, kerabu taugeh, kerabu mangga....dan macam-macam lagilah.

Cuma dia orang tak serve dessert yang best-best macam kat hotel tu. Jst ada bubur kacang dan ABC jer.

Adik makan grill lamb. Awal-awal lagi ah makan, pastu gi main


 Abang monyok, tak sabar nak buka puasa

 Muka ngantuk lepas dah abis makan

alih-alih tengok
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 dah tidur sebab kenyang....

Alhamdulillah. Hari ni masak apa ek?


Friday, July 19, 2013

Masaklah dengan penuh kasih sayang.....


 Olla peeps,

Dek sebabkan kecewa dengan makanan pasar Ramadhan, aku berazam akan masak jer untuk berbuka bulan puasa ni.Cuma beli kuih jer. Jadi, semalam tengah hari gigihlah ke pasar beli barang tambahan untuk masak nanti.

Hasilnya.....taraa....

Sambal Udang Petai             
Masak Lemak Labu
Ikan Kerisi goreng
Budu
Ulam-ulaman. Ulam raja tu petik dari kebun kat backyard
Kuih beli jer
Bubur lambuk
Bubur lambuk ni office bagi. Adik makan ni jer. Dia memang suka sangat bubur lambuk.Minggu depan dapat lagi. Memang setiap tahun ,office akan belikan dan agihkan untuk semua staff. Kadang-kadang ada yang tak suka, boleh lah ambik 2 bungkus.

Alhamdulillah, puasa tahun ni tak ada masalah. Ajiq pun ok, walaupun kena gerak awal dari biasa dan biasanya sampai kat sekolah agama keadaan masih gelap. So, dia duduk lah kat kantin dulu sementara pintu blok buka.

Ajiq lebih prefer makan kat rumah. Kata dia mama masak lagi sedap, sebab mama masak penuh kasih sayang. Inilah salah satu cara kita mengikat kasih sayang antara keluarga. Anak-anak, walau jauh ke mana mereka merantau, masakan ibu tetap akan dirindui......

Wednesday, July 17, 2013

Jangan kecewa lagi.....

Hai semua,

Selamat Menjalani Ramadhan. Cepat jer masa berlalu,tup tup dah hari ke 8 kita berpuasa.Setakat ni memang makan kat rumah aje sejak balik dari Kemaman, pengebumian arwah anak saudara. My sis pun pantang kat my house sebelum balik to Kemaman yesterday.

So, yesterday husband bagi cuti rehat dari memasak for berbuka.Hubby cakap, kita beli je lah kat pasar Ramadhan, bagi Mama rehat hari ni.Lepas solat Asar semalam, me and my son went off to Pasar Ramadhan mencari juadah berbuka. Hubby dah siap-siap order Nasi Beriani, Ajiq nak makan Nasi Tomato. So, pencarian bermula.

Lepas beli nasi untuk mereka berdua, cari pulak Nasi Kerabu for me. Dapatlah, Nasi Kerabu dan lauk ayam percik. Besar ayamnya, 1/4 potong.Oklah for RM 10.50 for both nasi and lauk.Tapi......yang kecewanya, bila makan....MANIS!Oh, potong selera. Hubby dan Ajiq punya oklah...walaupun tak sedap sangat. But, aku punya memang fail.Hhuhuhu....kesian , kempunan nak makan nasi kerabu.

Jadi , aku berazam untuk masak jer starts from today. Kuih pun aku tempah ngan Kak
Leha jer. Dah siap telefon dah, hari ni pulut serunding dan karipap.Nanti masa hubby ambil my girl, ambil kuih terus. Oh...by the way Kak Leha and husband are our babysitter. Dan dia orang memang jual kuih setiap hari. Memang gerenti sedap....


 Ni lauk masak hari Isnin. Asam pedas ikan campur nenas, ikan bakar kunyit, kangkung belacan dan ikan haruan masak asam. Satar, pulut panggang dan murtabak beli kat pasar Ramadhan.

For moreh plak, buat cucur jagung. Home cook food jugak yang sedap.....

Alhamdulillah, kebun kecil kat backyard dah pun membuahkan hasil.Thanks to hubby oz realized my dream to have my own vegetable garden. Vegetables with free pesticide!

 Percubaan pertama menanam tomato. Dah banyak kali petik untuk masak kari dan buat air asam. Sedap...


Pandan yang merimbun.

 Ulam raja, ulam kegemaranku.

 Selasih dan daun kesum

 Cili api kampung

 Daun kunyit dan pohon betik yang sudah sedia untuk dialihkan


Kacang botol dan bunga telang dah mula memanjat.Tak lama lagi dapatlah menikmati hasilnya...


Setiap hari, balik kerja terus belek pokok-pokok ni. Ajiq yang selalu rajin siram. Insya allah, akan ditambah lagi dengan tanaman lain. Teruja tengok kebun-kebun orang lain.....For me, satu kepuasan dapat masak sayuran dari kebun sendiri.

Gardening is also one f the stress therapy.Dah penat di pejabat, hati senang melihatkan kehijauan pokok tanaman. Nanti I update pasal taman kat depan pulak....

Banyak cara nak senangkan hati.Carilah hobi yang memberikan ketenangan pada kita.As for me, I found gardening and cooking are one of  the way to release out the stress.

Mmmmm...apa nak masak hari ni ye, nak ubatkan kekecewaan semalam?


Friday, July 12, 2013

Ramadhan ini.....

Ramadhan kali ini kami sekeluraga diuji oleh Allah.Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya....

Baby yang dinanti-nantikan kehadirannya oleh my sister and hubby dan kami sekeuarga telah pulang menghadap Yang Maha Esa. Tanggal 1 Ramadhan, my sister dioperate utnuk keluarkan baby yang sudah tiada.Belum pun sempat bernafas di bumi Allah ini, beliau hanya dipinjamkan sementara buat ibu dan ayahnya memperoleh pengalaman mengandung dan membuat persediaan menyambut orang baru.

Tapi kami redha dengan janji Allah. Sudah janjinya, beliau menunggu ibu dan ayahnya di pintu Syurga. Alfatihah buat baby Danial Ariff bin Mohd Hafiz.Semoga tenang disana, nak.....

Jenazah dibawa pulang terus ke Kemaman, my home town untuk disemadikan di sebelah pusara Atuk. Genap 10 tahun atuk pergi, kini cicitnya pula datang menemani dan menunggu kami pula.Mati itu pasti, semua orang akan merasai mati....

Buat Oppy dan Che Rah, kami semua sentiasa berada disamping. Insya Allah, Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih baik....Berdoalah,

Wednesday, June 26, 2013

Family bonding time....

Last Sunday we went for groceries shopping at Jaya Grocer.So  far, this place never disappointed me.Loads of choices. They even got fresh fish coming direct from Kuala Selangor!

Mmmmm...busy shopping until i forgot to snap my full load trolley!

After paid all the goods, my hubby's eyes catch  the promo booth by Nescafe Gold.With minimum purchase of RM 20, you can get your caricature done for free. Apa lagi, Nescafe Gold is our daily dosage, tunjuk receipt terus my hubby ask them to draw the caricature of the two kids.

 Ni masa the artist tengah lukis gamber dia orang. Boring je muka...


With the artist, lupa plak nak tanya nama. Any how, thank you and we satisfied with the result. Cute!


Dah siap, off to Bonjour Garden for late lunch.Nice, highly recommended. The chicken that Ajiq's having is nice. My dad ate Chicken Stew, also nice( forgot to snap picture) and me and my mum had the Cream Puff. Sangat sedap okey....

But, most important is bonding time together.It will never substitute with anything else!

Tuesday, June 25, 2013

Oustation.....

What I mostly enjoyed during outstation.....



Nice scenery. This is taken from 20th floor of Four Points Hotel in Sandakan. With blue sky and nice weather. Masa ni jerebu belum sampai Sabah. rasa nyaman je...



 Meeting people and make new friends. In the picture are two teachers , one is from Punjab, India and one from Jawa Tengah , Indonesia.Met them when I went to Ipoh last week.


Enjoying new menu. This is Bandung Cincau Special with Lychee , sedappppp.....