Badan sakit-sakit dan seram sejuk. Ke klinik dengan stokin belang yang comel.Terasa sungguh comel.Doktor bagi rehat the next day. Oh...first day of working aku dah MC. Hilang harapan nak dapat best staff award, huhuhu.Balik, telan ubat....straight to Lala land.
Next day, husband hantar Ajiq to school alone.Tak larat nak ikut.Alhadulillah, dah Year 3 masih kekal di kelas pertama untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Tahun ini masih dilantik jadi Pengawas.He really shows his leadership. Semoga dengan izin Allah, Ajiq akan menjadi seorang pemimpin yang adil di masa depan.
Tiada apa yang dapat mengembirakan hati seorang ibu, melainkan melihat anaknya berjaya. Moga Ajiq akan sentiasa cemerlang, cemerlang akhlak dan cemerlang pelajaran.Amin...
Buat Ajiq, if you read this blog one day, Mama would like to say.." I'm very proud of you.I love you so much..."
Today, get back to work with new resolution. Be happy with what I'm doing. Buat seikhlas mungkin.Apa yang lebih penting adalah redha Allah, bukan penghargaan manusia.Harapan aku semoga aku dapat kekalkannya, tka mahu lagi kecundang dalam air mata. 2013, more challenge to come. Semoga aku lebih tabah menghadapi dugaan ini dan semoga segala dugaan yang telah aku hadapi telah menjadikan aku seorang yang kuat untuk mengharungi dugaan yang lebih hebat.
Amin.
No comments:
Post a Comment