Thursday, August 14, 2014

Kami datang nak raya.....

Salam,,

Sabtu lepas, kawan Ajiq datang beraya. Alang-alang dah masak untuk kawan Ajiq jemput sekali jiran dan my best friend.

Masak Soto Madura, nasi impit, kuah kacang dan puding roti.





Tetamu pertama.Syahir dan adiknya Aina. Syahir is Ajiq's bff. Gambar tetamu lain tak sempat nak ambil...hehe


Alfresco style.
Makan kuih raya sambil menikmati keindahan taman

Esoknya, giliran kami pulak berjalan. Kunjungan balas ke rumah Kak Ina, my bestfriend dan rumah Jijah.Penuh perut makan.The food was so good....


Adik
 
 Abang



Ni kat rumah Kak Ina
 
Adik and the best friend, anak-anak Kak Ina, Azim dan Ayishah

More raya open house and kenduri to attend this weekend. Can't wait to meet kawan-kawan yang jarang bertemu muka. Hari Raya lah masa yang paling tepat untuk ziarah menziarahi dan bertemu mesra.Nasib baik raya sebulan...kan?

Wednesday, August 13, 2014

Salam Syawal

Salam,

Salam Syawal buat semua, masih dalam mood raya nampaknya.Last week I was down because of having wisdom tooth surgery. Sakitnya tak dapat dibayangkan, dah lah gigi yang impacted tu tertanam dalm tulang. So major surgery was carried out.Took some time to heal, coz the wound is so deep.

Just to share some pictures on our Hari Raya celebration.

This year, my hubby's place turn for the first raya.

Sebelum sembahyang Raya

My beloved family
 

All of us
 Tengah hari balik kampung, beraya dengan sawah bendang


Adik's birthday fall on second day of Hari Raya.Small celebration done, the next one will be in Wan's house.
Second day, menziarah sanak saudara

On the third day, we headed back to my hometown.A long journey because of the heavy trafffic.

 Alhamdulillah, we did small tahlil for Ayah on Saturday.Genap setahun Ayah pergi tinggalkan kami. Masih terasa kehilangan yang tiada galang gantinya.

 Doa kami, supaya Ayah tenang di sana, dan ditempatkan bersama para solihin dan mendapat ganjaran Syurga. Amin

 Celebration for the birthday girl. Semoga Adik menjadi anak yang solehah yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa.

Dah besar pun anak dara ni. Rasanya masih baru melahirkan Adik

 Back to KL time.Took our journey on Sunday morning. Alhamdulillah, it was very smooth.

Selamat Hari Raya!


Friday, July 11, 2014

Nasi lemak buah bidara...

Salam,

Pejam celik, pejam celik alhamdulillah dah 12 hari kita berpuasa hari ni. Terasa begitu cepat masa berlalu.Sudah seminggulah Mama berpuasa di rumah.Yang paling gembira mestilah Ajiq dan Hannah.

Semalam, masak nasi lemak. Mama cakap nak makan nasi lemak banyak-banyak lauk.Rabu, balik kerja singgah pasar malam beli ikan tongkol ,kalau di Terengganu nasi lemak lauk ikan tongkol adalah kemestian. Beli juga sotong dan ayam.

 Penuh meja dengan lauk pauk

Sambal ikan tongkol

Sambal sotong

 Ayam goreng

 Ikan bilis rangup

 Ulam timun dan tomato

 Telur goreng

Telur rebus ni aku sorang je makan.Orang lain makan telur goreng

Nekbat for desert. Satu lagi Terengganu delicacies yang hanya dijumapi masa bulan Ramadhan saja.

Rupa macam bahulu, tapi perlu disira dengan gula. Kalau tak balik , memang tak dapat makan lah kuih ni. Banyak lagi kuih tradisional Terengganu yang sedap-sedap macam Asidah, kuih belimbing, Tok Aji Serban...tapi sekarang susah dah nak jumpa kuih tradisional ni. Should do something to make sure kuih-kuih ni tak pupus dek zaman....

Wednesday, July 2, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....

Salam semua,

Alhamdulillah dipertemukan kita lagi dengan Ramadhan kali ini.Di kesempatan ini, rebutlah peluang mebuat ibadah, bukan sahaja berpuasa, solat tarawikh dan ibadah-ibadah sunat yang lain, tapi sedekah, waqaf dan amal jariah jangan dilupa. Di bulan inilah kita nak rebut pahala berganda dan berpanjangan hingga kita sudah tiada lagi di dunia ini.

Ramadhan kali ini, kami berpuasa tanpa Ayah dan Wan yang telah meninggalkan. Sunnguh pantas masa berlalu, Ramadhan ini genaplah setahun Ayah pergi. Semoga Ayah di rahmati disana....Al fatihah.

Insya Allah, mama akan datang berpuasa bersama minggu depan.Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Memang niatku nak bawa Mama puasa disini, tapi bila kunyatakan hasrat, Mama macam susah nak terima sebab sayang nak tinggalkan rumah.Ya lah, semua orang nak berpuasa dirumah sendiri. Lebih-lebih lagi orang tua, memang susah nak tinggal bersama anak-anak. Selagi mereka masih ada daya, mesti nak duduk rumah sendiri. Lebih selesa, nak ke surau pun senang, ada kawan-kawan di surau....Memandangkan adik lelaki aku dah pindah ke KT bersama keluarganya, tiada siapa dirumah menemankan Mama, akhirnya Mama setuju nak berpuasa disini.Alhamdulillah...nanti boleh kita sembahyang terawikh bersama...

Tahun ni, Adik mula belajar puasa. Separuh hari jer...makan jam 12tgh then puasa sampai waktu berbuka. Alhamdulillah , berjayalah separuh hari.Teruskan ya, Dik

 Muka masih ceria, sebelum tidur petang. Bangun tidur, kami ke Pasar Ramadhan.Adik mintak cream puff dan trifle dan Milo.

 Sementara Adik tidur, Abang main robot to kill time.



 Hari kedua, Abang dan Adik ke rumah Mama Leha. Maka, penuhlah meja dengan kuih yang dibawa balik.Adik dan Abang ikut Kak Nana dan Papa Amir berniaga di Pasar Ramadhan. Seperti tahun-tahun yang lepas, kuih mereka memang laku.

Ni juadah berbuka semalam, Ayam masak lemak cili api, Kobis goreng dan ulam. Sebab tiada kuih hari ni, aku tambah dengan bihun goreng. Adik suka bihun goreng....kiranya macam upah puasa untuk Adik lah...

Macam tahun lepas, aku dah siapkan menu  berbuka untuk seminggu.Jadi senang lah , tak payah pikir hari-hari nak masak apa. Moga Allah berikan kekuatan untuk memasak setiap hari....

Selamat berpuasa semua....

Tuesday, May 20, 2014

Little helper in the garden

Bonjour

Hubby has bought a little helper to work in the garden.Thank you! Presenting the helper...........

.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.

Battery operated valve sprinkler.

 Timed to operate twice a day

 This gorgeous petunia won't be dried any more....kalau terlupa nak siram.
Thank you hubby, thank you little helper

 Cantik kan?

 Limau nipis (lime) yang tak berhenti berbuah.....

Daun kari yang baru dipangkas dan racun sebab ada fungus...Hidup subur ye...

Weekend ni nak membaja dan looking for addition of flowers to the garden....

Friday, May 9, 2014

Farid dan Aishah

Bonjour

Farid is from Petronas but now seconded in IEA. He contacted me on the day I arrived in Paris after look at the participant name list.

On the first day in IEA, had lunch with Farid and his beautiful wife, Aishah. Aishah pun dari Petronas,cuti tanpa gaji ( bercuti di Paris, sambil menunggu kelahiran cahaya mata yang pertama) ikut Farid ke Paris.

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dengan orang yang baik.Farid and Aishah, being so nice  to me . Aishah masih lagi temankan me and Kak Rahmi ke La Valee Village, walaupun sedang sarat.

 Kak Rahmi dan Aishah at Val d' Europe station. Masa ni baru sampai, semangat berkobar-kobar nak round La Vallee .Alhamdulillah, cuaca cerah not too hot no too cold. Dapat shopping dengan tenang

 Masa ni dah nak balik, time dah almost 2 pm. Lapar dah.Kesian dengan Aishah. Thank you sebab sudi temankan kami bershopping.

 Farid and me during the cocktail night at the IEA. Nice man and very helpful

 We had a dinner at the love birds cute cottage. Berjaya jugak kami sampai ke rumah, even we had a hard time to find it at first!

 Alhamdulillah, akhirnya dapat makan nasi. Thank you so much for the nice dinner, lauk simple je but so awesome!

 Sebelum balik, selfie dulu

 Kenangan bersama Eiffel Tower. Aishah cakap, semua tetamu yang datang rumah, mesti ambil gamabr kat sini buat kenangan...ehhehe


Last but not least, thank you Farid dan Aishah. Selamat menimang cahaya mata yang comel dan soleh, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Semoga kita dapat berjumpa lagi, Insya Allah.

Semoga ukhuwah yang terjalin akan berkekalan selamanya.

Salam,
Fieza

Kak Rahmi

Bonjour....

Paris story, still. This one about my friend met in Paris.

Ever since, got to know I'll be going to Paris (read : alone) sangat lah susah hati. Paris is known with the pick pockets that is very professional.Ramai yang bagi nasihat to be extra careful especially in the metro, buses or even at the tourist attraction area.Don't entertain any body, even yang bertanya arah jalan. Sebab, kadang2 masa ni la dia orang akan pick pocket. Seluk beg and take our valuables.

Despite from that you have to be careful...you should be careful anywhere anyway, Paris is awesome.

So, followed Kak Zu's advice, in my every prayer I always pray that everything will be okay dan dipertemukan dengan orang yang baik-baik semasa di Paris nanti.

Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Di airport, bertemu dengan sorang Pakcik (sorry I couldn't remember his name now) from Petronas yang sama flight with me transit di Paris. He's on the way to Mauritania. He helped me a lot, tunjukkan sekitar the aiport, where to take the bus and so on. We seperated when he's about to check in for his next flight.

Then, I took the bus from Charles de Gaule to Etoile.From there, took cab to the hotel. Alhamdulillah, at last I finally savely arrived at the hotel. The taxi driver was an Algerian man, a Muslim. He also gives a lot of advice.

Next morning, the routine started. I arrived at the IEA little bit early since the hotel that I stayed is just nearby. While waiting for the others, someone wearing hijab came into the reception area. From a glance, I said I know this girl. Yes, It was Kak Rahmi, an acquittance from ICA, Indonesia.Alhamdulillah, she's also in the same course.We've met once in the meeting in Bangkok, but that time we do not have much time to mingle.

Since then, we've become best buddy. Hinggakan kawan-kawan lain mesti tanya if one of us missing. How strong the bonding was.

 I sent this photo to my hubby and colleague in the office, telling them I've met a friend in Paris.

My colleagues are happy coz I dah jumpa kawan nak jalan-jalan kat Paris. Kak Rahmi pun like me jugak, suka jalan-jalan, suka shopping. Jalan-jalan ke La Vallee Village, beli handbag....penat cari handbag. Susah betul nak berkenan. At last, Kak Rahmi dan beli...I didn't get any!At last, bought wristlet from Coach.


Finally we found this shop located along Rue de Commerce.Bought my dream bag here from this charming lady....

 
 
 Kat metro station on the way to Sacre Coure

 Us, with Nina from Israel


 We also did laundry in Paris. Sementara tunngu baju siap, borak-borak , ada sekali tu laundry dah hampir tutup kami masih borak. Last-last, tak sempat dry baju coz operation hours dah habis.


Really enjoyed borak dengan Kak Rahmi, she's funny sometimes

 Kak Rahmi and the Eiffel Tower during the cruise on the river Seine

Kak Rahmi and I with the others on our last day

Alhamdulillah, sangat bersyukur dipertemukan dengan Kak Rahmi.Selama di Paris, kemana saja mesti dengan Kak Rahmi. Jalan-jalan sekitar Paris hingga sakit kaki, makan kebab hari-hari sampai muak, makan ais krim, pergi taman, picnic di Champ de Mars sambil tunggu gelap sebab nak ambil gambar Eiffel Tower waktu malam, naik bas turun bas and many more.....

 I am very grateful and enjoy all the experiences treasured together.Syukur, semua doa dimakbulkan dan dipertemukan dengan orang yang sangat baik seperti Kak Rahmi. Semoga kita berjumpa lagi nanti....Insya Allah

To Kak Rahmi, thank you so much for being with me for good and bad time....miss you!Friendship never end!